Amalan kita?



Asssalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramadhan kareem. Kullu 3am wa antum bi kheir.
Hari ini masuklah hari ke-3 kita berada di dalam bulan Ramadhan yang kita semua sedia maklum mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan2 lain. Masih belum terlewat untuk kita meningkatkan amal ibadat kita kepada-Nya. Pelbagai cara boleh kita lakukan. Tetapi persoalan yang suka untuk saya bawa adalah kesediaan kita untuk melaksanakannya.

Cuba kita lihat disekeliling kita, pelbagai jenis manusia yang boleh kita tengok. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira dan ada yang berduka. Memang terdapat bermacam-macam jenis manusia kat dunia nie. Tetapi semua itu tidak akan dipandang di sisi Allah melainkan iman dan taqwa kita kepada-Nya. Jadi berbalik kepada perkara yang cuba saya bawa kat sini berkaitan kesediaan kita melaksanakan ibadah. Adakah kita bersedia? Apakah perbezaan antara mereka yang ikhlas dan mereka yang tidak? Adakah kita melakukan sesuatu amalan itu tanpa mengharapkan balasan? Adakah layak untuk kita mengharapkan ganjaran dari amalan yang tidak ikhlas? Persoalan inilah yang seharusnya bermain difikiran kita. Tetapi jangan pula kerana persoalan ini menjadikan kita berat untuk melakukan amalan. Amalan tetap amalan. Niat itu yang menentukan amalan kita diterima atau tidak. Andai kata sewaktu kita melakukan sesuatu amalan jariah atau ibadat dan dalam masa yang sama menyebabkan timbul rasa riak di dalam hati, berisghtfarlah. Kerana sesungguhnya riak itu hanya layak bagi Allah.

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunat Tarawikh, membayar zakat dan bermacam-macam lagi. Lakukanlah apa yang kita termampu. JIkalau mampu untuk melakukan dengan lebih, itu lebih baik. Janganlah kita sekadar rasa cukup dengan yang sedikit. Tidak salah rasanya untuk kita 'tamak' dalam mengerjakan amal ibadah kepada-Nya. Dan dalam masa yang sama janganlah berasa riak dengan amalan kita yang belum tentu akan diterima oleh-Nya. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk berfikir kembali setiap perkara yang telah kita lakukan. Adakah ianya dilakukan atas niat kerana-Nya atau kerana keduniaan. Jikalau kerana-Nya, alhamdulillah. Tetatpi jikalau sebaliknya cuba cari kembali di mana silap kita. Semoga kita akan dipertemukan dengan kebenaran yang akan membawa diri kita lebih dekat kepada-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang menguasai segalanya. Moga amalan kita diterima di bulan yang mulia ini.

Akhir kalam, Salam Ramadhan.

Ramadhan - Ikat ukhuwah betul2 ::ihya' ramadhan '08::

Assalamualaikum..
Elo2.. pekaba sume? Amacam 2
nd day of Ramadhan?

Adoilah... ingatkan bulan-bulan pose ni bolehla bukak pose dengan ahli tobekardi yang tujuh itu, tapi 1st day berbuke semalam,2 orang je yang tinggal. Daus, tadin balik. Nuek, Aizat g amman. Yaser balik kampong -mafraq la, mane lg-. So tinggal la berdua ngan Awe. Alhamdulillah ade 2 tetamu yg datang tolong masak n berbuka skali. Meriahla sket. Klu x mrasalah berbuka macam dalam penjara plak ha.

Sepatutnye kan, bulan pose ni selain
bulan ibadah, jugak merupakan bulan ukhuwah sebenarnya. Cube teliti balik, banyak mende yg dibuat dalam bulan pose ni mengikat ukhuwah sesame muslim amnya, dan sesame ahli rumah khasnya. Kalau tengok kat negara2 arab + turkey pon, Ramadhan seringkali diharapkan akan mengutuhkan tali kekeluargaan. Bagi masyarakat student, inilah masa untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli rumah, dengan jiran-jiran dan sesama pelajar Malaysiadi mana saja anda berada. So, rasanya sesuai kalau direpublish semula artikel ihya ramadhan yang ditulis last year, sebab isinya masih relevan dalam situasi semasa. Silalah beri tumpuan pada empat perkara yang dicadangkan untuk dibuat sepanjang ramadhan ni untuk mengeratkan ukhuwah, insyaallah sama-sama kita praktikkan, ok?

Dan seperkara lagi (yang tidak begitu hangat tahun ni) adalah isu ketinggian hidung junior2 dan saiz kepala senior2. Rasanya penting jugak untuk diulang tayang, jugak sangat relevan.

Selamat membaca, wassalamualaikum.


Ramadhan medan tarbiyyah, menjalin persaudaraan


Pada masa artikel ini ditulis, seluruh warga PERMAIsedang mengalami dua isu besar yang mengukir kesan dalam sanubari masing-masing.

Pada satu sudut, Ramadhan yang datang disambut mesra oleh kita semua. Segala kelebihannya yang nyata mahupun tersirat bijak dibongkar oleh para siswa lantas dihayati demi Mardhatillah yang membahagiakan. Secangkir madah Utusan Allah saw. sudah cukup menggambarkan kehebatan suatu tempoh Tarbiah Rabbaniyyah (pendidikan Tuhan) bernama Ramadhan. Sabda baginda saw. yang mafhumnya:


"Allah swt. telah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu adalah bagiKu, dan Aku yang memberi ganjaran untuknya. Puasa itu adalah perisai, maka tatkala hari-hari berpuasa, janganlah seseorang dari kamu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan janganlah dia meninggikan suara. Jika seseorang mencacinya, maka katakanlah Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Demi Tuhan yangnyawa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, dan bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan; Iaitu ketika berbuka, dan ketika bertemu Tuhannya nanti, ketika itu dia akan bergembira kerana puasanya."
(Hadith Muttafaqun 'Alaih)


Asy-syeikh Ibn 'Uthaimeen rh. mengulas keistimewaan hadith ini dengan menyatakan bahawa hadith ini mengandungi elemen dari kedua-dua jenis hadith, iaitu padanya ada Kalamullah yang disebutkan dengan lafaz baginda saw. dan Kalam baginda saw. sendiri.

Justeru, tidak hairanlah Ramadhan dijadikan peluang untuk memperbaiki diridan merebut ganjaran yang Allah sediakan, khasnya bagi kita di sini. Amat rugilah jika ia dibiarkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi dalam sepuluh hari terakhir ini.

Pada sudut yang lain, PERMAI telah menerima kedatangan tetamu istimewa dalam jumlah yang besar, yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar PERMAI yang sedia harmoni. Selamat datang kami ucapkan kepada adik-adik baru. Ahlan Wasahlan Bikum.

Namun dalam keseronokan menerima ahli baru dalam keluarga kita ini, kedengaran juga khabar-khabar yang kurang enak dari pelbagai golongan. Orang lama dikatakan kurang prihatin dan kurang mengambil berat terhadap adik-adik. Adik-adik pula disifatkan sebagai 'sekunder' dalam hal sapa-menyapa antara satu sama lain. Bila disapa baru menjawab. Jika tidak, maka berlalulah enau bagai dalam belukar, walaupun dalam hatinya terasa cukup serba salah.

Itu yang didengar. Kita tidak mahu berserkap jarang, jauh sekali berburuk sangka. Tapi hakikatnya, kata-kata itu ada benarnya, sekalipun tidak melibatkan semua. Menyalahkan sesiapa bukanlah tindakan bijak dalam hal ini. Pokoknya, penulis beranggapan bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan meletakkan diri di tempat pihak yang satu lagi. Sepertimana seorang senior harus faham bahawa adik-adik baru punyai sifat malu, segan dan mungkin juga bimbang untuk memulakan sapa mesra, begitulah juga adik-adik harus menyedari hakikat bahawa para senior pernah mengalami situasi yang anda alami, dan sangat gembira jika anda yang memulakan langkah, sebagaimana yang mereka pernah lakukan suatu masa dulu.

Dalam mengasimilasi kedua-dua isu ini, seharusnya kesempatan Ramadhan ini digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang ada. Pelbagai wasilah yang mampu menghubung persaudaraan ada pada Ramadhan ini, yang tiada pada waktu yang lain. Ia seharusnya kita gunakan sebaik mungkin demi menjalinkan persaudaraan yang utuh, demi menjamin kelansungan harmoni dan kekukuhan saf ahli-ahli PERMAI sekalian.

Kita ada
(i) solat tarawih berjamaah; Setiap malam kita berpeluang bertemu di masjid dan saling bersapa antara kita. (ii) Tadarus al-quran; Ia merupakan satu peluang yang cukup baik untuk mengenali dengan lebih rapat bukan sahaja sesama ahli-ahli kumpulan tadarus, bahkan juga ahli-ahli rumah mereka, melalui giliran tempat tadarus yang dijalankandari rumah ke rumah. (iii) Iftor; Selain berbuka puasa sesamaahli rumah, apa salahnya kita ber'join-venture' dengan rumah-rumah lain, khususnya rumah-rumah yang ahlinya belum kita kenali dengan lebih dekat. Satu lagi budaya yang boleh kita amalkan adalah (iv) bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran. Tidakkah dengan itu akan terasa Halawatul Ukhuwwah, yang akhirnya akan membawa kepada kebahagian lantaran turunnya rahmat dari Tuhan?

Seharusnya semua ini diambil kesempatan untuk kita saling bermesra dan berkenalan. Buangkanlah rasa keegoan, dan ketepikan juga rasa malu dan segan. Seorang muslim yang berwawasan dan berfikiran jauh akan sanggup mengenepikan itu semua serta sanggup memulakan langkah demi sesuatu yang jauh lebih penting dan besar, iaitu Ukhuwah Islamiyyah. Itulah tuntutan Allah dan Rasul.

Buat akhirnya, ingin saya sampaikan petua yang sangat bermakna dari Rasulullah saw. dalam membina keutuhan persaudaran. Ia merupakan kata-kata pertama yang baginda saw. ucapkan tatkala sampainya 'orang-orang baru' muhajirin di Yathrib yang dihuni oleh 'orang-orang lama' Ansar ketika itu. Ia sangat bertepatan dengan keadaan kita di sini. Sabda baginda saw. sebaik sampai di Yathrib:


"Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan, tautkanlah sillaturrahim dan dirikanlah solat ketika manusia lain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk ke syurga dengan sejahtera."
(HR Tirmizhi, kata Imam Tirmizhi: Hadith hasan sohih)


Semoga itu dapat diamalkan. Semoga kita semua juga dapat mengimarahkan sepuluh terakhir Ramadhan. Dan semoga Ukhuwah Islamiyyah kita tetap kukuh dalam lembayungan kasih Tuhan.

"Best dan Power"nye Ramadhan ::Sempena Ihya' Ramadhan PERMAI '08::

Assalamualaikum wbt.

Ahlan Ya Ramadhaan... Ahlan Bika Ya Syahral Rahmah Wal Maghfirah.
Ramadhan datang lagi. Amacam korangnyer preparation? Ke dah mula buat kueh raye? Xleh caye gak nih. Orang nk sambut Ramadhan die dah nak raye dah. Kalau kt irbid ni Macam-macam style budak2 ni nk sambut Ramadhan:

i-Ade yg mmg dah prepare nak sambut Ramadhan dari awal lagi, ie. Membanyakkan ibadah sejak bermulanya Syaban. Alhamdulillah, semoga mereka ni dapat apa yang dihajati dari Ramadhan.

ii-Ade gak setengah tu yang kate: "oh, esok dah Ramadhan.. dah xleh tgk movie, so harini kene belasah movie marathon cukup-cukup sampai maghrib. Ramadhan start maghrib kn?" katenye. Walaupun xbrape ok, at least ade niat untuk memperbaiki diri mase bulan ramadhan ni. Smoga lps ramadhan dah xdek marathon2 lg, ok?

iii-Ade tu lagi best, Ramadhan ke x Ramadhan same je. Bezanya lapar sbb xmakan dan haus sbb xminum. Xdekla kate nk tingkatkan amalan ke ape ke.. xrase langsung specialnye bulan Ramadhan ni. Yg ni memang nk kene haja sket.

Meh cni kite bace sket ape yg best dan power sgt bulan Ramadhan ni...


1) Keberkatan yang berterusan selama sebulan penuh.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan ,bulan yang penuh berkah,diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa, padanya dibuka pintu-pintu langit,pintu-pintu Neraka Jahim ditutup,syaitan-syaitan dibelenggu,di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya(malam tersebut)maka dia benar-benar tidak mendapatkannya. "
(Riwayat an-Nasai dan al-Baihaqi)

Hah, bulan berkat tu. Setan2 sume kene ikat, so kalau buat jahat gak memang dasar nafsu serakah la tu. Pastu dibuka pintu-pintu langit (yakni bagi mereka yang berdoa) dan yang paling best ade lailatul qadar. Best2. So sepanjang sebulan ni:

i-Banyakkanlah doa
ii-Cuba latih diri untuk tinggalkan perkara maksiat yang dah lama kita buat, sebab bulan pose ni senang sket, setan xdek.


2) Orang yang berpuasa akan dapat ganjaran special dari Allah swt.

· Keampunan ALLAH S.W.T,

Mengenai hal ini ALLAH S.W.T telah berfirman :

"...Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."
(Surah al-Ahzab,ayat 35)

Kadang-kadang kita ni pandang ringanbila satu kebaikan itu diganjari dengan keampunan, walhal orang mukmin tu kan sangat dahagakan keampunan dari Allah swt. kenapa kita pandang ringan keampunan Allah? Jawabnya, sebab kita nampak dosa tu macam kecik je, sedangkan sabda nabi saw:

"Orang yang beriman menganggap dosanya seperti gunung yang akan menimpanya, sedangkan orang yang fajir (ahli maksiat) melihat dosa ibarat lalat yang yang hinggap dihidungnya; bila ia mengisyaratkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari."

So, it's important untuk kita menghayati sifat seorang mukmin kalau nk jadi mukmin sejati, salah satunya ialah memandang berat dosa-dosa yang dilakukan dan selalu ingin segera bertaubat kepada Allah. Dengan itu, setiap kali didengar ayat-ayat tentang pengampunan, Insyaallah kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.

· Memasuki syurga melalui pintu yang dikhaskan,

Dari Sahl bin Sad radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alayhi wasallam,Baginda bersabda:

"Di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan.Orang-orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat.Selain mereka tidak ada seorang pun yang masuk ke sana.Apabila mereka telah masuk,pintu itu dikunci,setelah itu tidak ada yang masuk seorang pun. "

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari ,Muslim dan Ibnu Khuzaimah dengan tambahan lafaz: Apabila yang terakhir telah masuk,pintu itu dikunci dan siapa sahaja yang memasukinya,ia tidak akan merasa keahusan selamanya)

· Puasa dihadiahkan dengan ganjaran yang tersendiri dan berbeza daripada ibadah lain:

Dari Abu Hurairah r.a ,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:

"ALLAH Azza Wa Jalla berfirman:Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa,sesungguhnya ia untuk-Ku dan aku akan membalasnya.Dan puasa itu perisai,maka apabila salah seorang di antara kamu berpuasa pada hari tiu,janganlah dia berkata-kata dengan perkataan yang kotor dan jangan marah.Jika seseorang menghinanya atau memusuhinya,maka katakanlahSesungguhnya aku sedang berpuasa.Demi Dzat yang jiwa Muhammad dalam tangan-Nya,bau mulut orang yang berpuasa,sungguh,lebih baik daripada wangian misik(kasturi),bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang dapat dia rasakan;iaitu apabila dia berbuka dan apabila ia bertemu Tuhannya,(maka) ia bergembira dengan puasanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


3) Lastly, Solat Terawih, sebagai Hadiah ekstra dari Allah.

Dari Abu Hurairah R.A,bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Barang siapa mendirikan (shalat sunnah-(tarawih dan qiam)-) pada malam bulan ramadhan kerana Iman dan mengharapkan pahala dari ALLAH,maka dosa-dosanya yang telah diampuni." (Riwayat al-Bukhari)

Jadi waktu kenyang2 lepas bukak pose, agak2 malas nak g terawih tu, ingatlah hadith ni.. mcm yg kita dah sebut td, keampunan dari Allah-lah yang kita harapkan. Sedarlah diri kita ni memang banyak dosa.

Cukuplah dulu setakat tu kot. Harapnya bagi kita yang dah lupa akan kepoweran dan kebestan bulan ramadhan ni kembali ingat semula akan keutamaan dan keistimewaannya. Insyaallah bila kite dah ingat semula, kita lebih bersemangat untuk buat yg terbaik dalam bulan ramadhan ni.

Yang terakhir, pastikanlah ibadah kita di bulan ramadhan ni (dan bulan-bulan lain juga) didasari dengan ilmu (baca: al-quran dan as-sunnah) dan bukan adat atau kebiasaan. Untuk rujukan mudah, boleh rujuk semula risalah petunjuk puasa nabi saw oleh al-fadhil ustaz fathul bari dan sedikit sebanyak hukum berkaitan puasa dalam ebook hukum puasa al-ahkam.net (dua2 ni ade dlm yahoogroup permai) atau mana-mana rujukan yang mu'tabar

Selamat menjalani musim ibadah, Ramadhan al-Mubarak. Wassalamualaikum.