Cita-citaku


Assalammualaikum.

Wah lamanya tak update blog nie.
Rasanya kalau lah rumah ditinggalkan memang dah penuh dengan sesawang. Silap-silap dah diduduki oleh pengih dadah dah rasanya. Agaknya semua ahli TOBEK ARDI nie sibuk dengan urusan masing-masing kot. Ada yang examlah, ada yang sibuk berceramah ke sana sini. Tidak kurang juga yang sibuk membuat hal sendiri. Oklah sebabkan tak nak jadi macam tuh, so nak update nie. Hehehe.

Apa khabar semua?
Harap sentiasa sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah semua ahli TOBEK ARDI masih lagi diberikan nikmat kehidupan dan insyaAllah dalam Iman dan Islam.

Pernahkah anda semua berfikir tentang kehidupan kita di sini sebagai pelajar?

Jikalau difikirkan dan diteliti semula, kita semua sebenarnya adalah amat beruntung dan mewah diberikan peluang untuk menyambung pelajar di negara orang. Sebahagian daripada kita menerima biasiswa, ada juga yang datang sendiri dan kemudiannya dapat pinjaman, dan ada juga yang datang atas perbelanjaan sendiri. Tidak kira dalam kategori mana sekali pun, saya rasa kita semua adalah sama; mewah.

Beberapa hari yang lalu, sewaktu tukang paip sedang membaiki pemanas air di rumah yang sudah lama tidak berfungsi sempat berbual dengan anaknya, Hamzah (bapaknya dikenali sebagai Abu Hamzah). Umurnya baru sahaja 10 tahun. Tetapi dia sudah mengikut bapaknya membuat kerja. Sambil-sambil tuh sempat bertanya kepada dia apa dia nak jadi bila dah besar nanti. Dia cakap nak jadi polis.

"Polis? Kenapa tak nak jadi tentera?" saya bertanya.

"Polis lebih baik daripada tentera. Polis mempunyai lebih banyak kemudahan" balas Hamzah.

"Kau tak nak ke jadi doktor ke, jurutera ke?" saya bertanya lagi.

"Setiap orang ada rezekinya" balas Hamzah dengan matanya yang meliar.

Saya pun terus terdiam memikirkan apa yang dikatakannya. Dapat saya rasakan di dasar hatinya ada harapan dan cita-cita untuk melangkah lebih jauh tapi mungkin kerana peluangnya tidak seluas kita. Memang benar apa yang dikatanya itu. Rezeki masing-masing itu telah ditetapkan. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, kita semua telah diberikan peluang untuk belajar di dalam bidang perubatan di negara orang. Jikalau kita lihat nilai yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menghantar kita ke sini adalah terlalu besar. Nilai yang sama boleh memberi makan ramai orang. Atau pun mungkin untuk membeli sebuah kereta BMW. Kita harus bersyukur. Dengan negara yang diberikan kelebihan sumber alam dan industri yang pesat membangun, kita berpeluang untuk menikmati nikmat belajar.

Jadi sebagai orang yang bersyukur kita haruslah menunjukkan rasa itu dengan belajar bersungguh-sungguh. Dengan berusaha sedaya-upaya untuk membuat yang terbaik. Agar nikmat dan peluang yang telah diberikan itu tidak kita sia-siakan. Agar kita dapat pulang ke Malaysia sebagai seorang graduan yang cemerlang dalam bidang masing-masing dan dapat membangunkan Agama, Bangsa dan Negara kita yang tercinta.

Semoga kita semua tidak lupa akan tanggungjawab utama kita sebagai pelajar di sini di samping tugasan kita sebagai seorang pendakwah. Niatkan segala usaha kita kerana Allah. Semoga ianya diterima sebagai amalan soleh disisnya. Dan ingatalah, "Kewajipan melebihi masa yang ada".

Wassalam.

2 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

1 malaysia

faiQ nabiL said...

saya mmg merindukan
artikel dari abg2 tobek ardi nih..
hehehe