Dunia dan Kita


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebagaimana yang semua sedia maklum bahawa sekarang bumi Gaza semakin teruk dirakus tentera Israel laknatullah. Bermacam-macam berita yang kita perolehi daripada sumber perdana atau persendirian. Dapat juga kita lihat kekejaman tentera Israel yang semakin buas membaham tubuh-tubuh umat Islam. Peluru berpandu, fosforus putih, dan berbagai-bagai lagi senjata modem yang digunakan untuk memerangi 'serangan roket' HAMAS ke wilayah Israel. Cuba kita renung seketika, adakah serangan roket tersebut benar-benar mengancam mereka? Ataukah sekadar satu alasan untuk terus meneroka bumi Gaza? Apa yang saya pasti adalah yang kedua. Kerana apa? Kerana saya pernah terbaca bahawa kuasa pemusnah roket milik HAMAS tidaklah sekuat mana. Dan Zionis sendiri mempunyai sistem penangkis serangan roket. Apa yang pasti sememangnya mereka tidak akan berundur dari peperangan ini. Dan yang lebih meyakinkan adalah mereka sendiri merahsiakan bilangan kematian tentera mereka untuk mengekalkan semangat tentera mereka. Selagi ummat Islam tidak bersatu, selagi itulah Islam akan terus dipijak dibumi sendiri. Terlalu mengagung-agungkan budaya barat sedangakan semakin ramai masyarakat barat berpaling kepada Islam. Ingatlah Islam itu indah dan di setiap zaman akan ada mereka yang sanggup mati kerana Islam. Semoga kita menjadi sebagaian daripada golongan ini.

Berbalik kepada kisah diri kita. Setelah mengetahui tentang saudara kita di sana, apa pula peranan kita? Adakah kita masih lagi dibuai mimpi yang didodoikan oleh orang Kafir? Adakah kita masih lagi mengamalkan cara hidup yang telah ajarkan oleh orang Kafir? Adakah kita masih seronok bermain game, menonton movie, drama atau apa-apa sahaja bahan hiburan yang disediakan mereka? Cuba renungi kembali diri kita. Cuba kita ingat kembali janji kita kepada Allah sebelum ruh kita ditiup ke dalam jasad sewaktu di dalam rahim ibu kita dahulu. Adakah kita masih ingat? Atau kita ini sememangnya pelupa. Lupa asal kejadian kita. Lupa janji kita kepada yang maha Esa. Adakah kita ini hamba yang kufur kepada nikmat daripada Tuannya? Ingatlah kerana hidup ini hanyalah persinggahan. Di sana jualah destinasi kita yang terakhir. Seandainya kita tersunggur di sini, apakah masih ada harapan di sana kelak. Renung-renungkan.

Saya dengan ini mengajak rakan-rakan semua sama-sama berjuang untuk menengakkan Islam di bumi ini. Bukan sekadar berjuangan dengan senapang dan roket. Tetapi berjuangan dengan minda dan kelebihan yang telah Allah kurniakan buat kita semua. Belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan ummat Islam terus ke hadapan di dalam setiap bidang. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat itulah suatu keinginan setiap insan Muslim. Marilah bersama-sama kita laksanakannya. InsyAllah dengan niat kerana-Nya, segalanya pasti akan terlaksana. Walaupun mungkin dipertengahan jalan akan datang pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak kita mahu. Tetapi ingatlah bahawa cabaran dan dugaan yang kita terima adalah menurut kemampuan kita. Dan janganlah meminta pertolongan selain daripada-Nya. Dari DIA kita datang dan kepada DIA jua kita kembali.

"Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku, dan hidupku kerana Tuhan sekalian Alam"