PERTAMA - an analysis.

Assalamualaikum sume... Bismillahirrahmanirrahim.

PERTAMA dah seminggu berlalu. Alhamdulillah, banyak faedah kita dapat - Ilmunya, pengalamannya dan ukhuwahnya. Apatah lagi PERTAMA kali ni membincangkan soal ummah Islamophobia. Walaupun macam dah agak terlewat, saya nak utarakan beberapa poin di sini:

i- Syukur pada Allah dan tahniah kepada penganjur. PERTAMA kali ni jauh lebih baik daripada PERTAMA tahun lepas. Banyak
improvement, bermakna para AJK ambil muhasabah daripada PERTAMA lepas.

ii- Antara yang patut mendapat pujian adalah perjalanan majlis yang boleh dikatakan lancar, kesungguhan menjemput para perwakilan luar sekitar timur tengah untuk sama-sama join PERTAMA kali ni, kesabaran melayan karenah pihak-pihak yang menyusahkan dan akhir sekali kerjasama para ajk dalam menjayakan majlis.

iii- Tender makanan pun sedap.
Tender Baha, Sopi n Co. telah membuktikan bahawa makanan tender boleh dibuat dengan sedap dan terurus jika niat para pekerja tender ikhlas untuk menyediakan perkhidmatan, bukan untuk kaut duit semata. Saya cadangkan supaya mereka ni dapat tender KARISMA nanti.

iv- Walaubagaimanapun, ada beberapa sudut yang perlu diberi perhatian untuk diperbaiki: Soal protokol, teknikaliti majlis, sensitiviti terhadap masyarakat setempat yang saya kira sudah mengalami
'desensitization' terhadap isu palestin dan ummah keseluruhannya kini. Itu pun kena ambil kira.

v- Seperkara lagi, bagi saya amatlah tidak patut bagi penganjur untuk menyediakan ruang hanya selama SETENGAH JAM bagi setiap pembentangan kertas kerja yang kebanyakannya datang dari luar Jordan -naik flight, naik kapal sampai sakit-sakit (syafakumullah ust said sekeluarga). Next time penganjur PERTAMA kena fikirkan cara supaya mereka berpeluang menyampaikan seoptimum mungkin fikrah yang hendak dibawa.

vi- Resolusi pun dah dicapai. Kita semua akan ditanya berkaitan janji yang telah kita buat sebaik tercapainya resolusi tu, untuk sama-sama kita laksanakan. MPPM lebih lagi lah, kena pimpin masyarakat siswa Jordan ke arah itu. Tahniah juga buat para pemenang anugerah terutama jiran terdekat, abg tadin yang merangkul anugerah Ko-Kurikulum katanya.

vi- Yang ni paling best nih... sebut pasal anugerah,
tahukah anda bahawa mantiqah yang memenangi anugerah peserta paling sikit pada tahun ini adalah MANTIQAH IRBID a.k.a. TUAN RUMAH?? Walaupun Irbid mempunyai bilangan ahli lebih 60% daripada mahasiswa seJordan, tapi bilangan peserta dari irbid tidak sampai 30% pun daripada jumlah peserta yang hadir bersidang. Saya cuba jugak fikirkan di mana silapnya. Malam perasmian tu saya rasa macam dilempang-lempang bila ditanya soalan bertubi-tubi dari peserta mantiqah lain: "budak-budak irbid mane?" "aizat, budak irbid jadi ajk je ke?" yang paling best "kalau ahli je ramai tapi time program tak datang baik xpayah kn aizat kn?" ...Saya hanya mampu bersangka baik kepada mereka yang telah menyumbang ke arah nama buruk pelajar JUST dan Yarmouk pada malam tu.


Berikut merupakan alasan-alasan yang diberikan untuk tidak menyertai PERTAMA:

a-
" Pergi holiday la.. " - ni alasan xlojik ye kawan2. Bukan ke pihak penganjur dah bagitau awal tarikh program, sepatutnya mahasiswa yang prihatin kalau betul peka dengan isu ummah peruntukkan masa untuk program sebegini. Tulis dalam blog bukan main, cakap berdegar-degar, tiba-tiba masa program membincangkan masalah umat nak cari penyelesaian tak nampak plak batang hidung. Cakap biar serupa bikin, ok?

b-
"MENGANTUK LAAA!! Ni kan cuti, buat pe buang mase tadah telinga 3 hari, last2 resolusi bukan buat pon... baik aku dok umah rehat, ahad dah mula klas..."
yang ni memang patut kene tembak dengan senapang gajah. (gurau2, jgn marah ^^) Yang malangnya, sikap mamalia-pemalas-dan-tak-peduli ini kelihatan semakin membiak di kalangan mahasiswa irbid, daripada senior2 sampaila yang kecik-kecik ni pun. Ada yang kata: "kat sini bukan medan kita..." in my opinion dengan penuh hormat pada yang empunya pandangan ni, sebenarnya bagi yang dah mula bertatih2 sikit-sikit kat sini, kalau kat Malaysia nanti tidaklah kata confirm bleh jadi khadeemul-ummah, tapi at least dah ada simulasi dan latihan untuk membahagi masa dan tenaga untuk balancekan antara tanggungjawab2 yang ada. btol x? saya cuma harapkan agar orang yang cakap cmtu dapat benar2 terlibat dengan sumbangan untuk masyarakat kat medan sebenar, kat Malaysia nanti.

c-
"...ada program lain 'yang lebih penting'" - Kalau memang ada program lain yang lebih mustahak, takpelah. Saya serahkan kepada mereka untuk menilai tahap kepentingan menurut fiqhul-awlawiyat. Cmnepn, saya puji sesetengah student kite yang sanggup datang ikut kesempatan yang ada untuk dengar jugak, walaupun busy dengan program lain, baru sampai dari bercuti dsb. Memanglah bukan mesti datang program ni baru dikatakan concernmasalah ummat, tapi melihat dari sudut praktikalitinya, mengorbankan masa dan tenaga serta meluahkan fikiran selama tiga hari berturut-turut boleh menjadi antara hujah bila kita ditanya apa yang kita buat untuk ummah, di akhirat nanti. Yang lebih penting, tindakan selepas persidangan itu.

Anyhow, bagi saya kesimpulannya, hukum yang applicable untuk PERTAMA kali ini adalah:

KUANTITI MAHASISWA MALAYSIA DI JORDAN BERKADAR SONGSANG DENGAN KUALITI MEREKA.


Penerangan: Semakin ramai mahasiswa Malaysia di satu-satu mantiqah di Jordan ni, semakin tidak berkualitilah mereka itu.
selagi kita tidak merubah diri kita untuk terus jadi mahasiswa yang cemerlang akademik dan sahsiah serta berguna kepada masyarakat, saya percaya selagi itulah kaedah di atas boleh digunapakai.


Saya rasa itu saja untuk PERTAMA. Alhamdulillah Allah beri ruang dan idea untuk tulis apa yang terbuku di hati berkaitan PERTAMA tempoh hari.

Semua ni saya tulis kat sini dengan harapan agar semua mahasiswa malaysia Irbid boleh fikir-fikirkan dan mula berubah selepas ni. Jadilah seorang Muslim cemerlang akademik, sahsiah dan peduli ummah.

Bila sebut masalah ummah, jangan sempitkan pemikiran anda hanya kepada masalah rakyat palestin, atau masalah umat islam di negara-negara bergolak di dunia. ingatlah juga bahawa masalah ahli rumah anda juga adalah masalah ummah...

masalah jiran sebelah rumah anda juga adalah masalah ummah...

masalah mahasiswa malaysia di irbid juga adalah masalah ummah...

masalah masyarakat mahasiswa malaysia jordan juga adalah satu dari masalah ummah.


Hari ni kejap lagi Family Day PERMAI. Sama-sama kita tengok sama ada sikap mamalia-pemalas-dan-tak-peduli ni masih dominan di kalangan kita. Apa-apa pun, saya ucapkan Selamat Berkeluarga kepada ahli keluarga PERMAI
yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum.


Komen lalu