Love is in the air. Again....

"Love is in the air."

Begitulah istilah atau ayat yang digunakan bagi menunjukkan masuknya musim bunga yang akan melahirkan bibit-bibit percintaan antara dua insan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa CINTA itu adalah satu kalimah yang sering digunakan oleh remaja hari ini. Dan dengan kalimah ini jugalah ramai daripada kalangan pemuda dan pemudi kita yang tewas. Cinta memang satu fitrah yang tidak dapat kita lawan. Tetapi kita mampu menghindarkannya atau disalurkan ke jalan yang betul.

Setiap hari, semakin ramai yang menyulam cinta antara satu sama lain. Antara uda dan dara. Janji setia yang dilafazkan yang katanya akan berkekalan sehingga ke pintu syurga. Bagaimana ingin bercinta sehingga ke pintu syurga jikalau permulaannya sudah membawa ke pintu neraka? Bagaimana suatu perkara yang jikalau kena caranya akan membawa restu Ilahi akhirnya menimbulkan kemurkaan kepada kita? Dimanakah silapnya?

Saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian berfikir sejenak. Kerana perkara ini saya lihat telah sampai ke tahap yang kritikal yang harus kita fikrikan bersama bagaimana untuk mengawalnya. Bukan bermakna saya 'dengki' dengan pasangan-pasangan yang 'bahagia' berjalan dan ketawa bersama. Tetapi saya sedih dengan cara hidup kita yang tidak menunjukkan langsung Islam itu sendiri. Kita mengaku Islam tetapi kita masih lagi meninggalkan sembahyang. Kita mengaku Islam, tetapi kita masih lagi bergurau senda antara bukan muhrim. Kita mengaku Islam, tetapi kita masih lagi menjalinkan hubungan yang mengundang padah dalam hidup kita.

Apakah benda yang menarik untuk dibualkan bersama setiap hari melalui SMS, YM mahupun telefon? Percaya atau tidak jikalau sekarang kita asyik berbicara bersama, seandainya kamu bersama nesecaya tiada apa lagi yang hendak dikongsi bersama. Kerana semuanya telah diketahui. Jikalau semua jenaka telah digunakan sekarang, apa lagi yang tinggal untuk dijenakakan setelah diijab-kabulkan? Apa lagi yang tinggal untuk dikongsi bersama?

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak melarang sesuatu perkara itu melainkan ada perkara yang tidak indah padanya. Allah mengharamkan arak kerana keburukkan arak itu melebihi kebaikkan. Allah mengharamkan judi kerana ia menjadi pemusnah institusi kekeluargaan. Allah mengharamkan zina kerana ia akan menyebabkan pelbagai penyakit kepada individu dan kepada masyarakat. Dan sesungguhnya kita sebagai ummat Islam tidak harus mempersoalkan kenapa sesuatu benda diharamkan. Takut-takut kita akan mempersekutukan Allah.

"Jangan hampiri zina"


Itulah yang telah diterangkan dalam kita suci kita Al-Quran. Sebagai ummat Islam kita wajib mematuhinya. Tiada lagi kompromi dalam hal ini. Jikalau perkara ini tidak kita tangani hari ini, apakah akan terjadi kepada generasi muda kita pada masa akan datang? Apakah mereka akan kekal dalam nikmat Iman dan Islam. Atau lalai dengan dunia yang fana ini?

Islam tidak akan menghalang sesuatu perkara itu melainkan diberikan alternatif kepadanya. Jawapan kepada perkara tersebut adalah 'perkahwinan'. Institusi perkahwinan inilah yang akan menyalurkan CINTA kita ke jalan yang benar. Dengan ianya jugalah Islam akan berkembang dengan lebih pesat. Islam akan menjadi lebih gah dengannya. Oleh itu, kepada rakan-rakan yang rasanya telah mampu untuk berkahwin segerakanlah. Jangan masukkan diri anda ke dalam neraka. Bimbinglah teman anda ke arah keredhaan-Nya. Dan kepada mereka yang masih tidak lagi mampu, hindarilah dirimu daripada semua ini. Seandainya telah bersedia, barulah dimulakan langkahnya. Ingatlah sesungguhnya jikalau kita bersusah-susah demi Allah, nesecaya kita akan dibalas dengan kebaikkan. Jikalau tidak di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Dan kepada mereka yang masih degil setelah diberi peringatan, ketahuilah bahawa Allah itu maha adil. Setiap perbuatan akan dibalas. Dan sesungguhnya azab neraka itu amat pedih. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Mari bercinta kerana Allah.

2 comments:

hidupan said...

Assalamualaikum.

i agree, and if i may put my 2cents in:

cinta itu adalah anugerah dari Allah. naluri manusia, bukan diwujud atau dilenyapkan sendiri dengan akal fikiran.

Naluri itu suatu pemberian. tetapi, bagaimana kita bertindak mengikut naluri, itulah yang menentukan taraf CINTA kita kepada Yang Satu.

cinta = kepercayaan + mengistimewakan + komitmen. sebab itulah cinta sejati lahir hanya dari kepercayaan yang HAKIKI.

Soal Bila, Siapa, Bagaimana.. semua orang punya cerita sendiri. cara berbeza.

BERUNTUNG mereka yang teman hidupnya hadir seiring dengan CINTA dan Kepercayaan Sejati (IMAN), melengkapkan sebahagian yang lopong dalam diri.

tapi ramai juga golongan yang pincang: bila naluri tidak disulamkan dengan KEPERCAYAAN Sejati. fikirkanlah soal keberkatan hidup.

dan... ada lagi satu golongan. yang ingin memelihara kepercayaan, jika lurus langkah, tepat niat, insyaAllah bertujuan Jihad. Namun, bila datang naluri berbisik dan membawa kepada dilema; adakah ini cinta yang ditakdirkan, atau cubaan, bisikan naluri bukan untuk dilawan. Mohon petunjuk dan berserahlah pada Allah.

peliharalah cinta Yang Hak.

Islam itu indah, tidak menyembelih naluri. Bukankah kepercayaan itu sendiri juga naluri.

Bersederhana mengikut naluri, dan IMAN dipelihara dan diperbaiki TANPA kompromi.

saya setuju tentang 'bila bersedia, baru dimulakan langkahnya'. tetapi, saya juga fikir tiada salahnya bila 'naluri' itu datang; muhasabahlah dan rujuklah pada Allah. Islam ada cara. Jaga hubungan. mungkin itu yang akan menyediakan kita, insyaAllah mudah jalan, kawin.

cuma jaga hubungan itulah yang isu.
ramai ber'couple' bajet jaga. hakikatnya wallahua3lam.

Tapi ada juga yang boleh jaga. risiko ada. Sebab itulah kena ikut cara yang soleh. Islam ada cara.

ada pun si fulan yang kawin awal, bukan kerana memang dah bersedia, tapi bila naluri datang dan diserahkan pada Allah dihandle dgn cara soleh, insyaAllah Allah permudahkan jalan untuk mempersiapkan diri kita.

kesimpulannya: yang penting jaga Cinta pada Allah. bila naluri datang, bukan untuk dibuai, bukan juga untuk dibunuh, tapi untuk ditimbang dan dirujuk pada Allah. bila, siapa, bagaimana? itu kan kerja Allah.

kan?

kher said...

yup.

hehehe.

what a delightful idea.
Pelihara cinta-Nya.
nesecaya akan dipelihara diri kita.