Ramadhan - Ikat ukhuwah betul2 ::ihya' ramadhan '08::

Assalamualaikum..
Elo2.. pekaba sume? Amacam 2
nd day of Ramadhan?

Adoilah... ingatkan bulan-bulan pose ni bolehla bukak pose dengan ahli tobekardi yang tujuh itu, tapi 1st day berbuke semalam,2 orang je yang tinggal. Daus, tadin balik. Nuek, Aizat g amman. Yaser balik kampong -mafraq la, mane lg-. So tinggal la berdua ngan Awe. Alhamdulillah ade 2 tetamu yg datang tolong masak n berbuka skali. Meriahla sket. Klu x mrasalah berbuka macam dalam penjara plak ha.

Sepatutnye kan, bulan pose ni selain
bulan ibadah, jugak merupakan bulan ukhuwah sebenarnya. Cube teliti balik, banyak mende yg dibuat dalam bulan pose ni mengikat ukhuwah sesame muslim amnya, dan sesame ahli rumah khasnya. Kalau tengok kat negara2 arab + turkey pon, Ramadhan seringkali diharapkan akan mengutuhkan tali kekeluargaan. Bagi masyarakat student, inilah masa untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli rumah, dengan jiran-jiran dan sesama pelajar Malaysiadi mana saja anda berada. So, rasanya sesuai kalau direpublish semula artikel ihya ramadhan yang ditulis last year, sebab isinya masih relevan dalam situasi semasa. Silalah beri tumpuan pada empat perkara yang dicadangkan untuk dibuat sepanjang ramadhan ni untuk mengeratkan ukhuwah, insyaallah sama-sama kita praktikkan, ok?

Dan seperkara lagi (yang tidak begitu hangat tahun ni) adalah isu ketinggian hidung junior2 dan saiz kepala senior2. Rasanya penting jugak untuk diulang tayang, jugak sangat relevan.

Selamat membaca, wassalamualaikum.


Ramadhan medan tarbiyyah, menjalin persaudaraan


Pada masa artikel ini ditulis, seluruh warga PERMAIsedang mengalami dua isu besar yang mengukir kesan dalam sanubari masing-masing.

Pada satu sudut, Ramadhan yang datang disambut mesra oleh kita semua. Segala kelebihannya yang nyata mahupun tersirat bijak dibongkar oleh para siswa lantas dihayati demi Mardhatillah yang membahagiakan. Secangkir madah Utusan Allah saw. sudah cukup menggambarkan kehebatan suatu tempoh Tarbiah Rabbaniyyah (pendidikan Tuhan) bernama Ramadhan. Sabda baginda saw. yang mafhumnya:


"Allah swt. telah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu adalah bagiKu, dan Aku yang memberi ganjaran untuknya. Puasa itu adalah perisai, maka tatkala hari-hari berpuasa, janganlah seseorang dari kamu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan janganlah dia meninggikan suara. Jika seseorang mencacinya, maka katakanlah Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Demi Tuhan yangnyawa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, dan bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan; Iaitu ketika berbuka, dan ketika bertemu Tuhannya nanti, ketika itu dia akan bergembira kerana puasanya."
(Hadith Muttafaqun 'Alaih)


Asy-syeikh Ibn 'Uthaimeen rh. mengulas keistimewaan hadith ini dengan menyatakan bahawa hadith ini mengandungi elemen dari kedua-dua jenis hadith, iaitu padanya ada Kalamullah yang disebutkan dengan lafaz baginda saw. dan Kalam baginda saw. sendiri.

Justeru, tidak hairanlah Ramadhan dijadikan peluang untuk memperbaiki diridan merebut ganjaran yang Allah sediakan, khasnya bagi kita di sini. Amat rugilah jika ia dibiarkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi dalam sepuluh hari terakhir ini.

Pada sudut yang lain, PERMAI telah menerima kedatangan tetamu istimewa dalam jumlah yang besar, yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar PERMAI yang sedia harmoni. Selamat datang kami ucapkan kepada adik-adik baru. Ahlan Wasahlan Bikum.

Namun dalam keseronokan menerima ahli baru dalam keluarga kita ini, kedengaran juga khabar-khabar yang kurang enak dari pelbagai golongan. Orang lama dikatakan kurang prihatin dan kurang mengambil berat terhadap adik-adik. Adik-adik pula disifatkan sebagai 'sekunder' dalam hal sapa-menyapa antara satu sama lain. Bila disapa baru menjawab. Jika tidak, maka berlalulah enau bagai dalam belukar, walaupun dalam hatinya terasa cukup serba salah.

Itu yang didengar. Kita tidak mahu berserkap jarang, jauh sekali berburuk sangka. Tapi hakikatnya, kata-kata itu ada benarnya, sekalipun tidak melibatkan semua. Menyalahkan sesiapa bukanlah tindakan bijak dalam hal ini. Pokoknya, penulis beranggapan bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan meletakkan diri di tempat pihak yang satu lagi. Sepertimana seorang senior harus faham bahawa adik-adik baru punyai sifat malu, segan dan mungkin juga bimbang untuk memulakan sapa mesra, begitulah juga adik-adik harus menyedari hakikat bahawa para senior pernah mengalami situasi yang anda alami, dan sangat gembira jika anda yang memulakan langkah, sebagaimana yang mereka pernah lakukan suatu masa dulu.

Dalam mengasimilasi kedua-dua isu ini, seharusnya kesempatan Ramadhan ini digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang ada. Pelbagai wasilah yang mampu menghubung persaudaraan ada pada Ramadhan ini, yang tiada pada waktu yang lain. Ia seharusnya kita gunakan sebaik mungkin demi menjalinkan persaudaraan yang utuh, demi menjamin kelansungan harmoni dan kekukuhan saf ahli-ahli PERMAI sekalian.

Kita ada
(i) solat tarawih berjamaah; Setiap malam kita berpeluang bertemu di masjid dan saling bersapa antara kita. (ii) Tadarus al-quran; Ia merupakan satu peluang yang cukup baik untuk mengenali dengan lebih rapat bukan sahaja sesama ahli-ahli kumpulan tadarus, bahkan juga ahli-ahli rumah mereka, melalui giliran tempat tadarus yang dijalankandari rumah ke rumah. (iii) Iftor; Selain berbuka puasa sesamaahli rumah, apa salahnya kita ber'join-venture' dengan rumah-rumah lain, khususnya rumah-rumah yang ahlinya belum kita kenali dengan lebih dekat. Satu lagi budaya yang boleh kita amalkan adalah (iv) bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran. Tidakkah dengan itu akan terasa Halawatul Ukhuwwah, yang akhirnya akan membawa kepada kebahagian lantaran turunnya rahmat dari Tuhan?

Seharusnya semua ini diambil kesempatan untuk kita saling bermesra dan berkenalan. Buangkanlah rasa keegoan, dan ketepikan juga rasa malu dan segan. Seorang muslim yang berwawasan dan berfikiran jauh akan sanggup mengenepikan itu semua serta sanggup memulakan langkah demi sesuatu yang jauh lebih penting dan besar, iaitu Ukhuwah Islamiyyah. Itulah tuntutan Allah dan Rasul.

Buat akhirnya, ingin saya sampaikan petua yang sangat bermakna dari Rasulullah saw. dalam membina keutuhan persaudaran. Ia merupakan kata-kata pertama yang baginda saw. ucapkan tatkala sampainya 'orang-orang baru' muhajirin di Yathrib yang dihuni oleh 'orang-orang lama' Ansar ketika itu. Ia sangat bertepatan dengan keadaan kita di sini. Sabda baginda saw. sebaik sampai di Yathrib:


"Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan, tautkanlah sillaturrahim dan dirikanlah solat ketika manusia lain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk ke syurga dengan sejahtera."
(HR Tirmizhi, kata Imam Tirmizhi: Hadith hasan sohih)


Semoga itu dapat diamalkan. Semoga kita semua juga dapat mengimarahkan sepuluh terakhir Ramadhan. Dan semoga Ukhuwah Islamiyyah kita tetap kukuh dalam lembayungan kasih Tuhan.

0 comments: