Amalan kita?



Asssalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramadhan kareem. Kullu 3am wa antum bi kheir.
Hari ini masuklah hari ke-3 kita berada di dalam bulan Ramadhan yang kita semua sedia maklum mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan2 lain. Masih belum terlewat untuk kita meningkatkan amal ibadat kita kepada-Nya. Pelbagai cara boleh kita lakukan. Tetapi persoalan yang suka untuk saya bawa adalah kesediaan kita untuk melaksanakannya.

Cuba kita lihat disekeliling kita, pelbagai jenis manusia yang boleh kita tengok. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira dan ada yang berduka. Memang terdapat bermacam-macam jenis manusia kat dunia nie. Tetapi semua itu tidak akan dipandang di sisi Allah melainkan iman dan taqwa kita kepada-Nya. Jadi berbalik kepada perkara yang cuba saya bawa kat sini berkaitan kesediaan kita melaksanakan ibadah. Adakah kita bersedia? Apakah perbezaan antara mereka yang ikhlas dan mereka yang tidak? Adakah kita melakukan sesuatu amalan itu tanpa mengharapkan balasan? Adakah layak untuk kita mengharapkan ganjaran dari amalan yang tidak ikhlas? Persoalan inilah yang seharusnya bermain difikiran kita. Tetapi jangan pula kerana persoalan ini menjadikan kita berat untuk melakukan amalan. Amalan tetap amalan. Niat itu yang menentukan amalan kita diterima atau tidak. Andai kata sewaktu kita melakukan sesuatu amalan jariah atau ibadat dan dalam masa yang sama menyebabkan timbul rasa riak di dalam hati, berisghtfarlah. Kerana sesungguhnya riak itu hanya layak bagi Allah.

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunat Tarawikh, membayar zakat dan bermacam-macam lagi. Lakukanlah apa yang kita termampu. JIkalau mampu untuk melakukan dengan lebih, itu lebih baik. Janganlah kita sekadar rasa cukup dengan yang sedikit. Tidak salah rasanya untuk kita 'tamak' dalam mengerjakan amal ibadah kepada-Nya. Dan dalam masa yang sama janganlah berasa riak dengan amalan kita yang belum tentu akan diterima oleh-Nya. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk berfikir kembali setiap perkara yang telah kita lakukan. Adakah ianya dilakukan atas niat kerana-Nya atau kerana keduniaan. Jikalau kerana-Nya, alhamdulillah. Tetatpi jikalau sebaliknya cuba cari kembali di mana silap kita. Semoga kita akan dipertemukan dengan kebenaran yang akan membawa diri kita lebih dekat kepada-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang menguasai segalanya. Moga amalan kita diterima di bulan yang mulia ini.

Akhir kalam, Salam Ramadhan.

0 comments: