Khawatirussyabab + Tahniah

Assalamualaikum smua.

SATU: 

Pnah tengok tak musalsal (series) khawatirussyabab?

dapat tau pasal musalsal ni mase dapat cd daripada nasir syara' sebelum lecture medicine aritu.

dalam cd tu ade 3 season siri khawatirusyabab. mule2 ingat cam kartun abu mahjoob ke ape ke, bile bukak2 tgk... mmg bestla.

menatang ape ye khawatirussyabab ni?

die adelah rancangan dakwah dlm arabic yang sgt sempoi. satu episod lebih kurang 10minit je, disiarkan kt tv dalam bulan puase. konsep program tu mmg santai, ringan, tapi praktikal. n yang paling best, semua topik yg diorg utarakn adalah masalah kontemporari ummah yang penting tapi jarang dibincangkan. personally, mmg agak terkesan. antare tajuk2 yg diorg bawak:

-pasal tabiat rokok di kalangan muslim
-diorg dedahkan pasal betapa kotornye tandas masjid xdek sape nak cuci, walhal tandas-tandas shopping complex bersih berkilat2.
-pasal ikhtilaf umat semasa antara group2 islam dan isu kapir-mengkapir
-pasal pendidikan seks dalam islam
-pasal boleh ke tidak mencedok budaya barat?
-pasal time management seorang muslim
-mcm2la lg.

cara penyampaian pn bersahaja, xmeleret2, dan biasanya di akhir setiap episod akan disusuli dengan tindakan yang boleh dilaksanakan serta-merta. memang praktikal. contohnya kalau pasal isu rokok, host dia mintak sume penonton untuk kuatkuasakan larangan merokok dalam rumah masing-masing sebagai permulaan, then teruskan untuk ajak family, member2 supaya berenti merokok.

sape nk tengok season 1-season 3, bleh mntk kat budak2 4th year skrg. sume dpt cd tu. 
atau leh tengok kt youtube, 
atau leh tengok laman web die; www.thakafa.net

sile2 la tengok ye, at least bleh polish semula generator dakwah yg dah mu'attol (rosak) sket2.

kat cni ade letak satu cth die, pasal dakwah ala kurun ke-21: die sebut, Islam umpama satu product yang perlu kepada marketing yang berkesan - iklan2 tv, lagu-lagu islami dan promosi nilai2 Islam. last skali die sebut ape yg kite leh buat untuk mmenyumbang ke arah marketing Islam. Enjoy.
(dlm episod ni host die pakai egal ngan jubah, sometimes die pakai jeans ngan t shirt je)



DUA:

Tahniah diucapkan kepada abg nasir dan abg ihsan yang berjaya mengekalkan kerusi masing2 bagi fakulti perubatan. menang besar katenye.. kita doakan semoga sesiapa pun yang menang dapat melaksanakan Islam dalam kapasiti mereka sedaya mungkin.

Mase borak2 dgn sorg member td, yg kebetulan segroup dgn abg nasir, (nama dirahsiakan) ade mntk tlg die smpikn pd abg nasir: Sekalipun kumpulan anda menang, itu tidak bermakna anda kebal dan tidak perlu memperbaiki apa2. harapnya dapat sama-sama tingkatkan lagi usaha supaya tidak timbulnya kontroversi dan fitnah bagi pasukan yang anda wakili.

lagi satu, just nk bangkitkan beberapa persoalan untuk muhasabah bersama: 

kita budak mlayu yang ramai2 mengundi aritu, 

tau ke kotlah tu ape?
ape prinsip dan perjuangan diorg?
nasir syara' tu sape?
ihsan tu sape?
ape yg diorg dh buat?
ape kate pandangan pihak-pihak lain pasal kotlah?

ke MAIN UNDI JE? dengar senior2 suruh undi, dapat risalah yang quite appealing, masing2 pn pakat undi.

bukannye ape, harapnya sape2 pn yang kita sokong, biarlah atas neraca fakta dan kebenaran, bukan atas dasar ikut-ikut semata2.

sebab berdasarkan pemerhatian, ramai jugak yang mengundi atas dasar ikut2, especially adik-adik baru. takut jugak nnt kalau senior2 suruh undi parti cap ayam serama yang ntah ape2 yang diperjuangkan pun xtau, pun ikut undi jugak.

memilih pemimpin tu kan amanah. kita disuruh pilih pemimpin yang paling layak berdasarkan neraca al-quran dan as-sunnah, bukan boleh main letak je name sape-sape. sebab pemimpinlah yang banyak memainkan peranan mencorak masyarakat. dan pemimpinlah yang akan membawa masyarakat sama ada kepada keredhaan atau kemurkaan Allah.

memilih pemimpin adalah perkara yang serius.

jadinya hopefully tahun depan, ambillah masa untuk lebih kenal dengan pihak-pihak yang bertanding, lebih-lebih lagi profil calon-calon yang nak diundi. dengarlah pandangan daripada pelbagai pihak, timbanglah dengan neraca al-quran dan as-sunnah, kemudian buatlah pilihan dan bertawakkallah kepada Allah.

bg pihak yang bertungkus-lumus mengempen, terima kasih diucapkan. semoga mendapat ganjaran yang selayaknya. kalau dapat lepas ni, sertakan juga dalam kempen tu profil calon2 yang bakal dipilih (ie. yang akan kita lantik sebagai pemimpin), profil kumpulan yang diwakili DAN kalau boleh sertakan juga profil kumpulan-kumpulan yang lain yang bertanding, untuk masing-masing membuat penilaian terbaik.

semoga perbuatan kita mengundi tempoh hari diterima sebagai usaha ke arah pelaksanaan Islam di atas muka bumi, walaupun hanya dalam lingkungan beberapa kilometer persegi.

wassalamualaikum.


p/s: bittaufeeq bagi yang nak exam. jangan lupe study sungguh, bangun qiam pagi sebelum exam, doa sungguh2, jawab exam dgn penuh cool n tenang, then tawakkallah sepenuhnya kepada Allah swt. Insyaallah najah.


Pelajar Cemerlang SPM 2008 vs Kita




Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.


Sumber: Utusan Malaysia


Begitulah adanya sahabat kita yang cemerlang di dalam SPM 2008. Serba-serbi kekurangan. Tetapi masih mampu untuk mengecapi kecermelangan yang insyAllah sedikit sebanyak akan dapat mengubah kehidupan keluarganya. Nyata dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang seperti kebanyakkan daripada kita. Dengan semangat juang yang tinggi beliau telah membuktikan bahawa dia boleh. Boleh mengatasi mereka yang datang daripada keluarga yang mampu dan juga mempunyai semua kemudahan yang ada.

Jikalau rakan-rakan semua berfikir, dia tanpa kemudahan yang sempurna mampu untuk berjaya mengapa tidak kita? Kita mempunyai pelbagai kemudahan. Biasiswa yang banyak, rumah yang selesa, doktor-doktor yang terkenal, kemudahan yang baik dan pelbagai lagi kemudahan. Rasanya kita sepatutnya lebih cemerlang daripada dia. Tetapi mengapa kita masih berada di takuk lama? Belajar sekadar untuk lulus peperiksaan. Datang ke kelas sekadar untuk memenuhi kehadiran. Pergi ke masjid apabila hampir dengan peperiksaan (wah terasanya diri nie...). Dan semua benda-benda yang tak pernah kita terfikir untuk lakukan tetapi bila hampir dengan peperiksaan kita akan lakukan. Itu namanya tidak bersyukur dengan nikmat-Nya. Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa seorang muslim itu sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan redha dan tabah menghadapi ujian daripada-Nya. Persoalannya dimanakah kita?

Rasanya masih belum terlewat untuk kita memperbaiki diri kita ini. Masih belum terlewat untuk kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya AllAH itu maha pengasih lagi maha penyayang. Oleh itu, saya mengajak diri saya dan rakan-rakan sekalian untuk memperbaiki diri kita. Agar kita sentiasa hampir kepada-Nya. Semoga taubat kita diterima-Nya dan kita menjadi pendakwah kepada kecermelangan ummat Islam. Ingatlah, jikalau kita menjaga hak Allah, Allah akan menjaga kita. Dengan syarat disertakan dengan hati yang ikhlas kerana-Nya.


Cepat cegah, SEBELUM PARAH! (Bhg 2)


Tidak menjadi pemimpin bukan alasan untuk tidak mencegah kemungkaran. Itu alasan orang yang penakut dan lemah, sedangkan mencegah kemungkaran adalah WAJIB BAGI SEMUA MUSLIM, seperti yg dinyatakan dalam hadith Rasulullah S.A.W dari Abi Hurairah Riwayat Muslim di atas. 

Daripada hadith ini, sering juga didengar alasan: "aku mane mampu tegur dengan lidah, tangan lagila. benci dalam hati pun ok la kot.." 

Apa pun justifikasi yang kita buat,  Allah Maha Tahu apa yang terbuku dalam hati kita. Kalaulah itu semata-mata alasan, sedangkan kita mampu, bersedialah menjawab di hadapan Allah nanti. 

Janganlah begitu. Tidak semestinya kita perlu jumpa si pelaku itu dan tegur depan-depan. Banyak cara yang boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, Syukur pada Allah dan syabas saya ucapkan pada yang telah melaksanakan tanggungjawab dakwahnya dengan baik. 

Di sini saya cadangkan beberapa langkah yang boleh diambil demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang mengaku Muslim dalam mencegah kemungkaran:

i- Pastikan kita tahu dengan pasti bahawa apa yang dilakukn oleh si pelaku itu adalah suatu kemungkaran. Sesungguhnya asas agama adalah ilmu.

ii- Pastikn si pelaku tahu bahawa apa yg dilakukan itu salah dan dimurkai Allah. Ini yang paling penting. Berusahalah dgn cara yg bijak utk menyampaikn kepadanya:

a- Berdepan dan berbincang dengan si pelaku dengan cara yang sesuai.
b- ataupun, sampaikan secara umum dan tidak langsung- melalui penulisan, dalam ucapan-ucapan atau apa sahaja media dan peluang yang boleh digunakn.
c- ataupun, beritahulah pada sesiapa yg dirasakan mampu menegur kesalahan si pelaku (kawan rapat, guru, senior, pimpinan dsb).

iii- Berdoalah agar si pelaku dan kita semua selamat dari bencana kemungkaran. Kemudian bertawakkal dan ingatlah bahawa kita berusaha sedaya mungkin, namun natijahnya terpulang kepada Allah. sama ada si pelaku bertaubat daripada kesalahannya @ tidak, itu adalah urusan Allah. yg penting kita perlu sentiasa berusaha dengan sehabis baik untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

Insyaallah sama-sama kita usahakan.

Biah solehah (suasana yang baik) dalam naungan Allah menjadi impian kita semua. Namun janganlah mimpi hanya tinggal mimpi. Kita harus mulakan usaha kita ke arah itu. Kita mulakan sekarang. 

Kita tidak mahu fitnah datang melanda kita. Fitnah yang mungkin melanda dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin dari sudut kebejatan akhlaknya, bencana kecurian dan rompakannya, pelajaran merosot, berpecah-belah dan macam-macam lagi. Wal3iyazubillah. 

Ini bukan tanggungjawab presiden seorang, bukan hanya pelajar-pelajar syariah, bukan hanya senior-senior, tapi tanggungjawab semua dalam peringkat yang berbeza-beza. 2 persiapan yang saya cadangkan untuk kita semua:

a- Himpunkanlah kekuatan dan keberanian dengan mengukuhkan hubungan dengan Allah dan banyakkan bersabar. Orang yang baik hubungannya dgn Allah pasti ditolong. Bukankah Allah pelindung orang-orang yang beriman, orang-orang yang bertaqwa dan Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar? Sentiasalah juga berusaha memperbaiki diri dengan menghindari kemungkaran agar kita beriman dan bertaqawa, supaya mendapat perlindungan Allah. Berqiamullail selalu kerana itulah syarat kemuliaan mukmin.

b- Tambahkn ilmu dalam semua bidang, khasnya ilmu2 langsung mengenai dakwah dan agama Allah S.W.T.

Mudah-mudahan kita semua akan lebih sensitif dalam mencegah kemungkaran demi mencapai biah solehah dan membina ummah yang cemerlang, agar sampailah kita kepada Keredhaan Allah.

Moga-moga juga selepas ini kita akan melihat ramai para daie yang berani tampil menegakkan agama Allah di kalangan komuniti kita ini. Menegakkan agama allah setiap masa, di mana jua. Namun INGAT, biarlah 'ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.'

Berdakwahlah dalam kemanisan Hablumminallah dan keindahan Hablumminannaas. Yakinilah, hidup kita pasti lebih syok dengan tawasi bilhaq (berpesan-pesan dgn kebenaran) dalam kasih sayang.

AYUH KITA BERTINDAK SEKARANG.

Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

Marilah cegah, sebelum parah. Wassalamualaikum. 

Irbid, 12.37pm, 18 November '06 
(repost: 2.42 pm, 11 Mac '09)

Apa yang terjadi?

Kehidupan di Irbid diteruskan seperti biasa. Tiada yang berbeza hari ini. Sama seperti biasa. Manusia memulakan harinya dengan bangun pagi. Bersiap-siap untuk meneruskan urusan harian. Yang mempunyai kelas, bersiap-siap untuk ke kelas. Yang mempunyai 'morning round' bersama-sama doktor di hospital pun meneruskan rutin harian. Yang biasa pergi ke kelas bersama-sama lelaki dan perempuan terus bersama. Yang menonton cerita sehingga lewat subuh meneruskan tidurnya. Tiada yang berbezanya dengan hari-hari lain. Tetapi kenapa hati ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada yang sesuatu yang amat penting dan amat berharga berlaku tetapi seakan-akan dilupakan oleh semua orang.

Apa yang terjadi pada hari ini? Apa sebenarnya yang berlaku pada hari ini?..............

Cepat Cegah, SEBELUM PARAH!!! (Bhg 1)

Ya Allah, meraung jiwa ini, menangis hati ini bila melihat kemungkaran menjadi sanjungan. Urusan dengan Tuhan diketepikan. Perintah dan larangan Tuhan diringan-ringankan malahan dikesampingkan. Dunia menjadi utama. Nafsu menjadi raja. Perkara yang melalaikan tak terkira banyaknya. Ini berlaku. sungguh inilah realiti kita.

Lupakah kita pada firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

Dalam menjelaskan ayat ini, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan dalam kitab tafsir karangan beliau, Tafsir Al-Muneer: "Pengkhususan terhadap satu golongan dalam ayat ini tidak mengubah kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar bagi setiap individu dalam masyarakat, berdasarkan hadith dari Abi Hurairah r.a., bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya: "Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya (kuasanya), dan jika dia tidak mampu, (hendaklah dia mengubah) dengan lidahnya, dan jika dia tidak mampu, (hendaklah ia mengubah - membenci dan tidak mempersetujui) di dalam hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"-Hadith riwayat Muslim"

Ini bermakna ia tetap satu kewajipan bagi setiap individu. sekarang saya rasa pelik, dalam hati ini terdetik: tidak adakah sesiapa yang hendak membetulkan kesongsangan yang sedang berlaku ini? kenapa semua seolah-olah tak nampak? ataukah sengaja membutakan mata dari melihat?

Saya menulis artikel ini adalah kerana saya bimbang kalau-kalau nanti terkeluar daripada manhaj khairuummah (ummah yang terbaik). Firman Allah Ta'ala:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah" (Ali Imran : 110)

Bila ditanya apa yang saya lakukan untuk mencegah kemungkaran di depan mata, saya takut tak mampu menjawab depan Allah nanti.

Dan sesungguhnya, kita semua punyai tanggungjawab menyampaikn kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam rasa kasih dan sayang sesama saudara dalam Aqidah Kebenaran. Jangan dipandang ringan perkara mencegah kemungkaran ini. Kalau tidak dipupuk dan dilatih dari sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti kita melihat ibu bapa yang Islam, namun generasi anak-anaknya Kristian, Hindu, ataupun Buddha!! Cukuplah apa yang telah berlaku sebagai bukti.

Kita mengidamkan sebuah daulah islam yg merdeka, di mana Syariat Islam tertegak dan kita selalu mendakwa kita perjuangkannya. Namun ingatlah, kalau dalam diri dan kalangan kawan-kawan pun kita tidak mampu tegakkan kebenaran, jangan harap nak tegakkan daulah.

Semakin hari, hati kita semakin kering dari mengingati Allah. hati tidak lagi sensitif pada kemungkaran yang berlaku. Perkara yang mulanya kita rasakan sungguh berdosa, lama-lama jadi budaya. Kemaksiatan dah jadi budaya. KEMAKSIATAN DAH JADI BUDAYA!! Ingatlah firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menguasai hati manusia dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya." (al-Anfal:24-25)

Seksaan yang pedih adalah akibat bagi masyarakat yang tidak melaksanakan perintah allah, kemungkaran berleluasa dan amar makruf nahi mungkar tidak ditegakkan. Ia tidak hanya menimpa ahli-ahli maksiat, tetapi seluruh komuniti masyarakat itu, kerana tidak berusaha mencegah kemungkaran yang berlaku. ini diperteguh dengan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Jikalau ada seorang lelaki yang berada dalam suatu kaum yang melakukan maksiat, dia mampu mengubahnya tetapi dia tidak berbuat demikian, maka Allah akan menurunkan azab kepada seluruh kaum itu sebelum matinya mereka." -Hadith Riwayat Abu Daud.


Saya tidak mahu sebut secara terperinci perkara-perkara kemungkaran yang kita lakukan. Itu bukan matlamat saya. Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, di mana sensitiviti kita bila berdepan dengan kemungkaran?? Ini bukan soal siapa alim siapa tidak. Persoalannya adalah, adakah kita cukup kuat untuk menanggung kemurkaan dan azab Allah nanti seperti yang Allah nyatakan dalam ayat a-Quran dan hadith di atas?

Ada yang bagi alasan, biarlah pimpinan yg tegur... baiklah, andai kata minta pimpinan tegur, sudahkah kita sampaikan berita kemungkaran yang kita lihat itu pada pimpinan? Kalau itu pun gagal, perlulah kita perbaiki diri. Itu sekurang2nya. Paling baik, kita sendiri cuba tegur dengan hikmah.

Tidak menjadi pemimpin bukan alasan utk tidak mencegah kemungkaran. Itu alasan orang yang penakut dan lemah. Ingat, mencegah kemungkaran adalah WAJIB BAGI SEMUA MUSLIM, seperti yg dinyatakan dalam hadith Rasulullah S.A.W dari Abi Hurairah Riwayat Muslim di atas.

Bersambung...



Komen lalu