Cepat cegah, SEBELUM PARAH! (Bhg 2)


Tidak menjadi pemimpin bukan alasan untuk tidak mencegah kemungkaran. Itu alasan orang yang penakut dan lemah, sedangkan mencegah kemungkaran adalah WAJIB BAGI SEMUA MUSLIM, seperti yg dinyatakan dalam hadith Rasulullah S.A.W dari Abi Hurairah Riwayat Muslim di atas. 

Daripada hadith ini, sering juga didengar alasan: "aku mane mampu tegur dengan lidah, tangan lagila. benci dalam hati pun ok la kot.." 

Apa pun justifikasi yang kita buat,  Allah Maha Tahu apa yang terbuku dalam hati kita. Kalaulah itu semata-mata alasan, sedangkan kita mampu, bersedialah menjawab di hadapan Allah nanti. 

Janganlah begitu. Tidak semestinya kita perlu jumpa si pelaku itu dan tegur depan-depan. Banyak cara yang boleh dilakukan. Walaubagaimanapun, Syukur pada Allah dan syabas saya ucapkan pada yang telah melaksanakan tanggungjawab dakwahnya dengan baik. 

Di sini saya cadangkan beberapa langkah yang boleh diambil demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang mengaku Muslim dalam mencegah kemungkaran:

i- Pastikan kita tahu dengan pasti bahawa apa yang dilakukn oleh si pelaku itu adalah suatu kemungkaran. Sesungguhnya asas agama adalah ilmu.

ii- Pastikn si pelaku tahu bahawa apa yg dilakukan itu salah dan dimurkai Allah. Ini yang paling penting. Berusahalah dgn cara yg bijak utk menyampaikn kepadanya:

a- Berdepan dan berbincang dengan si pelaku dengan cara yang sesuai.
b- ataupun, sampaikan secara umum dan tidak langsung- melalui penulisan, dalam ucapan-ucapan atau apa sahaja media dan peluang yang boleh digunakn.
c- ataupun, beritahulah pada sesiapa yg dirasakan mampu menegur kesalahan si pelaku (kawan rapat, guru, senior, pimpinan dsb).

iii- Berdoalah agar si pelaku dan kita semua selamat dari bencana kemungkaran. Kemudian bertawakkal dan ingatlah bahawa kita berusaha sedaya mungkin, namun natijahnya terpulang kepada Allah. sama ada si pelaku bertaubat daripada kesalahannya @ tidak, itu adalah urusan Allah. yg penting kita perlu sentiasa berusaha dengan sehabis baik untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

Insyaallah sama-sama kita usahakan.

Biah solehah (suasana yang baik) dalam naungan Allah menjadi impian kita semua. Namun janganlah mimpi hanya tinggal mimpi. Kita harus mulakan usaha kita ke arah itu. Kita mulakan sekarang. 

Kita tidak mahu fitnah datang melanda kita. Fitnah yang mungkin melanda dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin dari sudut kebejatan akhlaknya, bencana kecurian dan rompakannya, pelajaran merosot, berpecah-belah dan macam-macam lagi. Wal3iyazubillah. 

Ini bukan tanggungjawab presiden seorang, bukan hanya pelajar-pelajar syariah, bukan hanya senior-senior, tapi tanggungjawab semua dalam peringkat yang berbeza-beza. 2 persiapan yang saya cadangkan untuk kita semua:

a- Himpunkanlah kekuatan dan keberanian dengan mengukuhkan hubungan dengan Allah dan banyakkan bersabar. Orang yang baik hubungannya dgn Allah pasti ditolong. Bukankah Allah pelindung orang-orang yang beriman, orang-orang yang bertaqwa dan Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar? Sentiasalah juga berusaha memperbaiki diri dengan menghindari kemungkaran agar kita beriman dan bertaqawa, supaya mendapat perlindungan Allah. Berqiamullail selalu kerana itulah syarat kemuliaan mukmin.

b- Tambahkn ilmu dalam semua bidang, khasnya ilmu2 langsung mengenai dakwah dan agama Allah S.W.T.

Mudah-mudahan kita semua akan lebih sensitif dalam mencegah kemungkaran demi mencapai biah solehah dan membina ummah yang cemerlang, agar sampailah kita kepada Keredhaan Allah.

Moga-moga juga selepas ini kita akan melihat ramai para daie yang berani tampil menegakkan agama Allah di kalangan komuniti kita ini. Menegakkan agama allah setiap masa, di mana jua. Namun INGAT, biarlah 'ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.'

Berdakwahlah dalam kemanisan Hablumminallah dan keindahan Hablumminannaas. Yakinilah, hidup kita pasti lebih syok dengan tawasi bilhaq (berpesan-pesan dgn kebenaran) dalam kasih sayang.

AYUH KITA BERTINDAK SEKARANG.

Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

Marilah cegah, sebelum parah. Wassalamualaikum. 

Irbid, 12.37pm, 18 November '06 
(repost: 2.42 pm, 11 Mac '09)

0 comments: