KARISMA: Saya Datang Kerana Ukhwah

Tinggal lebih kurang 3 minggu sahaja lagi untuk acara yang dinantikan oleh semua mahasiswa yang berada di Jordan. Temasya tahunan yang menyatukan semua mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan; KARISMA.

Bertemakan "Saya Datang Kerana Ukhwah" pada tahun ini, KARISMA akan dianjurkan oleh Mu'tah. Pada kali ini mahasiswa akan berkampung selama hampir 3 hari di Mu'tah untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Menang atau kalah bukanlah tujuan utama kita datang ke Mu'tah. Tetapi kemanisan kita berjuang bersama-sama itulah yang cuba diterapkan. Jikalau datang sekadar untuk mendapatkan pingat atau kemasyuran saya rasa lebih baik pergi sahaja ke pertandingan lain.

Seharusnya ukhwah itulah yang harus kita utamakan. Semangat kesukanan yang sebenar adalah kerana ukhwah. Jikalau berlaku sebarang kesulitan atau sebagainya, tidak perlulah untuk kita memperbesar. Itu adalah adat dalam kita bermuamalat. Apa salahnya sekali-sekala kita mengalah. Saya selalu dengar bahawa apa yang berlaku pada kita adalah mungkin kerana kita pernah melakukan kepada orang lain. Jikalau kita tidak pernah lakukan pun, cubalah untuk kita menjadikan ianya sebagai salah satu pengalaman untuk kita gunakan di masa hadapan.

Sentiasa berlapang dada dalam menerima apa jua yang berlaku. Kerana setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Tidak Allah menjadikan manusia ini berbilang kaum melainkan untuk kita saling kenal-mengenali. Tidak semua manusia itu sama. Ada baik dan ada yang kurang baik. Tetapi hikmah kita saling kenal-mengenali itulah yang akan menjadikan hidup kita ini lebih kaya. Kaya dengan pengetahuan, kaya dengan ilmu, kaya dengan budi pekerti dan kaya dengan kebaikkan. Dan apabila kita sudah 'kaya' kita haruslah berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dalam bentuk perhubungan yang baik.

Kita semua sudah matang untuk membezakan antara baik dan buruk. Pilih yang baik tinggalkan yang tidak baik. Yang baik itu dijadikan sebahagian dalam hidup kita dan yang tidak baik itu untuk dijadikan sebagai pengajaran agar tidak diulangi.

Di sini saya ingin juga menegur sikap saya dan segelintir mahasiswa yang suka meluahkan perasaan melalui jalan yang tidak baik. Kenapa perlu untuk kita berkata-kata dibelakang. Jikalau terdapat perasaan tidak puas hati, suarakan. Sebaiknya kenalkan diri kita. Dan kepada yang menerima, janganlah berpandangan negatif terhadap mereka. Jadikan semua itu satu urusan yang mendatangkan faedah kepada Agama, Bangsa dan Negara kita.

Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk renung kembali apakah tujuan utama kita ke sana. Masih belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki niat kita. Menang dan kalah itu adat pertandingan. Tetapi jangan kita menggadaikan ukhwah kerana kemenangan. Tiada makna jikalau setakat menang di medan pertandingan tetapi di medan dakwah kita tersekat. Ingatlah bahawa Allah itu maha adil.

Peringatan untuk diri dan rakan-rakan semua. Semoga kita sentiasa dalam rahmat-Nya. Saling ingat-mengingati itu adalah suruhan agama. Maka realisasikan. Jangan biarkan nafsu dan syaitan menguasai kita. Semoga apa yang kita akan lakukan, akan mendapat keredhaan dan balasan yang baik di sisi-Nya.

Marilah kita pergi kerana Ukhwah yang disandarkan kepada Allah.

Wassalam.

KHAIRUL ANWAR IBRAHIM MALEK
Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2008/2009.


Ujung minggu..

Alhamdulillah, hari jumaat n sabtu lepas, dapat ikut 2 program anjuran KMKJ dan PUTRA serta PRISMA, yang saya rasa cukup bermanfaat, khususnya ahli-ahli PRISMA.


Hari Jumaat: Program Seminar Sains dan Islam – Zouq Fil Qalb (PUTRA + KMKJ)


Program ini adalah salah satu usaha untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang sains, khususnya perubatan dan perkaitan antara Islam dan sains. Saya, Amir dan Isteri, Noorzayyani dijemput untuk menyampaikan forum pagi tu. Kami dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab telah berusaha untuk menyampaikan yang terbaik. Semoga diterima sebagai amal soleh dalam lapangan dakwah kepadaMu Ya Allah. Allahumma Taqabbal.

 

Pada sebelah petang, ade program public speaking. Beberapa orang peserta dipilih untuk tampil ke hadapan menghuraikan ayat-ayat terpilih dari al-Quran, sekaligus cuba menimbulkan keinsafan dan meningkatkan keimanan, sesuai dengan nama programnya – Zouq Fil Qalb.


Sebilangan besar peserta tampil memilih untuk memetik mengenai sains dan apa yang diperolehi dalam forum sebelah pagi tadi, menyentuh sekitar sains dan peranannya dalam meningkatkan keimanan kepada Allah, sekaligus membakar semangat dan menggandakan komitmen terhadap agama Allah.


Program sehari ini diakhiri dengan usrah ringkas ahli-ahli KMKJ dan PUTRA.


Alhamdulillah, saya kira program ni telah berjaya mencapai matlamatnya.


Saya cadangkan program sebegini dapat dilaksanakan juga di Irbid, khususnya pelajar-pelajar perubatan yang baru tiba di Jordan ni. Tujuannya ialah supaya mereka dapat satu orientasi dan halatuju yang betul dalam belajar ilmu yang mulia ni. Semoga tempoh belajar selama 6 tahun berada di sini diterima sebagai amal ibadah kepada Allah.


Sebelah malamnya tumpang bermalam di rumah YDP KMKJ, Ust Azfar. Memang terharu dengan layanan yang diorang bagi. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Sorrohatan, sepanjang 5 tahun di Jordan ni, belum pernah sekali pun bermalam di Mafraq, baik di Imarah mahupun di Hayy Dubat. Alhamdulillah berpeluang jugak. Next time kene g Dubat.. :p Sambil-sambil tu ambil peluang jugak ziarah sahabat-sahabat yang dok di imarah.

 

Hari Sabtu: Program Teori Pengucapan Awam


Program ni sebagai salah satu langkah untuk perkasakan soft skill dalam kalangan student, menyentuh soal teknik pengucapan awam. Pagi tu Ust Arman, Pengarah MSD Jordan beri panyampaian. Petang sesi bersama fasilitator, kebanyakannya dijemput dari Irbid. Sebahagian besar fasi ada sedikit sebanyak pengalaman dalam public speaking. Untuk fasi syabab: Saya, Naqeb dan Afiq Muiz. Xdekla handal mane pun, tapi bolehla sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Kalau nak dikatakan, sayalah yang paling kurang kemahiran antara bertiga tu, sebab memang xpnah masuk piala perdana menteri dsb.


Poin yang kitorang nampak cuba ditekankan dalam program tu bukanlah sekadar nak fasih dalam pengucapan rasmi je, sebaliknya lebih kepada menggilap kemahiran dakwah bila balik nanti.


Alhamdulillah, saya sendiri banyak dapat manfaat daripada program tu.


Skali lagi saya cadangkan PERMAI boleh buat program sebegini dan lain-lain program yang membina soft skill.


Dan Alhamdulillah, rasa puas hati bila hujung minggu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Allahumma taqabbal.


Saya dah masukkan rangka huraian bagi soalan-soalan yang saya dapat masa forum tempoh hari. Sama-sama kita fikirkan dan semoga bermanfaat.


Assalamualaikum.

Ringkasan Jawapan Forum Keajaiban Ciptaan Allah

Assalamualaikum wbth.

 

Berikut merupakan ringkasan jawapan kepada soalan-soalan dalam ‘Forum Keajaiban dalam Penciptaan Manusia’

 

Program            : Sains dan Islam - Zouq Fil Qalb

Tarikh               :  3 April 2009

Tempat             :  Mafraq

Anjuran           : Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) dan Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA)

  

Soalan Pertama:  Fungsi Ilmu dan Kepentingan mengetahui tentang badan manusia.

 

A- Fungsi Ilmu

 

-Fadhilat menuntut ilmu (umum) – Banyak Dalil.

-Fungsi ilmu – Sebagai Instrumen Ubudiah kepada Allah Ta’ala.

-Ilmu adalah satu nikmat kurniaan Allah, mesti digunakan kearah ubudiah kepada Allah.


 

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

 رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح.


Daripada Abi Barzah Al-Aslamiy beliau berkata, Sabda baginda Rasulullah saw: “Tidak akan berganjak dua kaki anak adam pada hari kiamat, sehingga dia ditanya mengenai umurnya, dimana dia habiskannya, dan mengenai ilmunya apa yang dilakukan dengannya, mengenai hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana dia belanjakan dan mengenai tubuh badannya ke mana dia gunakan.”

 

-Bagaimana method untuk jadikan ilmu instrumen ubudiah?

a- Ilmu Syariah:


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ (122) - التوبة


122. Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).


عن أبي هريرة ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : « يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ، ينفون عنه تحريف الغالين ، وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين » الطبراني, البيهقي- السنن الكبرى


Daripada Abu Hurairah ra, daripada Rasulullah saw baginda bersabda: Ilmu (agama) ini, akan dibawa dalam setiap zaman, oleh orang-orang yang adil pada setiap zaman (para ulama’). Mereka akan membanteras daripadanya (agama) penyelewengan orang-orang yang melampau, penipuan orang-orang yang berbuat kebatilan dan takwil orang-orang yang jahil.

 

b- Ilmu Sains:


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآَيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191)- آل عمران


190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. 

-Amaran Allah:


النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - ، قال : (( مَنْ طَلَب العلمَ ليُمارِي به السُّفهَاء ، أو يُجاري به العُلَماء ، أو يَصرِفَ به وجُوهَ النَّاسِ إليه ، أدخله الله النَّار ))   -ابن ماجه و الدارمي


Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang menuntut ilmu untuk berbalah dengan orang-orang yang bodoh, atau supaya boleh duduk di kalangan para ulama’ atau supaya manusia berpaling kepadanya, maka Allah akan memasukkan dia ke dalam neraka.”

 

-Faedah mengetahui tentang badan manusia

 

وَفِي الْأَرْضِ آَيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ (20) وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ (21) وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ (22)-الذاريات


20. Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) Yang yakin 21. Dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan Bukti itu)? 22. Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa Yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.


B- Kepentingan mengetahui tentang badan manusia.

i- iman             seperti yang disebutkan di atas

ii- iktibar        – pelbagai teladan ditunjukkan Allah dalam penciptaan manusia yang boleh ditiru

iii- maslahat diri dan masyarakat  (dharuriyyat khamsah: Ad-deen, An-Nafs, Al-‘Aql, An-Nasl, Al-Maal)

_______________________________________________________


Soalan Kedua: Kebesaran Allah dalam sistem badan manusia; Cth: air dan peredaran darah

 

i- Tadi anatomy, sekarang fisiologi: bagaimana badan manusia berfungsi.

ii- Analogi Negara. Apa perkara2 yang mesti ada dalam sesebuah Negara? Semuanya mainkan peranan.

iii- Begitu juga dengan badan manusia. Supaya dapat terus hidup sihat dan kemandirian spesis.

 

            Minda / Hati Sanubari sebagai Perdana Menteri.

Sistem Endokrin (ES) sebagai Kementerian Penerangan.

Sistem Saraf (CNS) sebagai Kem Tekn. dan Komunikasi.

            Sistem Immuniti  sebagai Kem. Pertahanan.

            Sistem Peredaran Darah sebagai Kem. Pengangkutan.

            Sistem Pencernaan (GIS) sebagai Kem. Tenaga.

Sistem Perkumuhan (UGS) sebagai Kem. Alam Sekitar.

 

iv-Iktibar – Sedarkah kita, ibarat ada sebuah negara yang kompleks sedang berjalan dalam tubuh kita, tanpa kita mengetahui, sedang beroperasi 24jam, tanpa ada pekerja dan tanpa kita mencampuri urusannya. Sembahlah Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang berkuasa mentadbir segalanya.

 

v-Contoh - Air: pelbagai sistem bekerjasama utk pastikan air dalam badan seimbang.

(cth: bila air kurang – CNS, CVS, ES, US semua berperanan mengawal kuantiti air dalam badan) / terlebih minum air) NASIHAT- minum air secukupnya

(cth: darah. Sifat darah : bergerak, mencapai ke segenap sudut, cecair, dilindungi salur darah)

Fungsi Darah: mengangkut nutrien dan toksik, sistem imuniti, mengawal kandungan cecair dalam badan, mengawal suhu.   NASIHAT-fikir positif


vi- Kesimpulan. Tekankan semula I’tibar. Zouq Fi Qalb



Soalan Ketiga: Bagaimana dapat rumuskan perbincangan hari ini, dapat mengukuhkan aqidah dan menolak kebatilan?

 

i- Sekadar sedikit contoh. Semakin banyak belajar, semakin meningkat imna kepada Allah.

ii-Tauhid Rububiyah. Selaras dengan tuntutan al-Quran.

iii- Tauhid Rububiyah membawa kepada Tauhid Uluhiyah. Firman Allah: 


اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (64) هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (65) قُلْ إِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَمَّا جَاءَنِيَ الْبَيِّنَاتُ مِنْ رَبِّي وَأُمِرْتُ أَنْ أُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (66) غافر


64. Allah Yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung Yang kukuh binaannya; dan ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda Yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. 65. Dia lah Yang tetap hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; maka Sembahlah kamu akan Dia Dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 66. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku dilarang menyembah benda-benda Yang kamu sembah Yang lain dari Allah - setelah datang kepadaKu keterangan-keterangan Yang jelas nyata dari Tuhanku; dan Aku diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam".


 

إِنَّ اللَّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ ذَلِكُمُ اللَّهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ (95)الانعام  


95. Sesungguhnya Allah jualah Yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). ia mengeluarkan Yang hidup dari Yang mati, dan mengeluarkan Yang mati dari Yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. maka Bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda Yang kamu jadikan sekutuNya)? 


خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ (5) خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ (6) –الزمر


5. Ia menciptakan langit dan bumi Dengan ada faedah dan gunanya Yang sebenar; ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahNya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.

6. Ia menciptakan kamu dari diri Yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu Dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana Yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan Yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Plus: I’jaz ilmi dari al-Quran menambahkan keyakinan.


Kesimpulan: Setelah memahami dan meneliti keajaiban ciptaan Allah dalam manusia dan tanda-tanda kebesarannya, kembalilah berpegang teguh pada agama Islam – agama Fitrah. Berpegang teguh dan pertingkatkan komitmen. Sembahlah Allah, takutlah azabNya dan harapkanlah redhaNya, Tuhan Yang Satu yang hanya dia yang menjadikan segalanya, dan hanya Dialah Tuhan yang layak disembah.



Wallahua'lam