Alhamdulillah, hari jumaat n sabtu lepas, dapat ikut 2 program anjuran KMKJ dan PUTRA serta PRISMA, yang saya rasa cukup bermanfaat, khususnya ahli-ahli PRISMA.
Hari Jumaat: Program Seminar Sains dan Islam – Zouq Fil Qalb (PUTRA + KMKJ)
Program ini adalah salah satu usaha untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang sains, khususnya perubatan dan perkaitan antara Islam dan sains. Saya, Amir dan Isteri, Noorzayyani dijemput untuk menyampaikan forum pagi tu. Kami dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab telah berusaha untuk menyampaikan yang terbaik. Semoga diterima sebagai amal soleh dalam lapangan dakwah kepadaMu Ya Allah. Allahumma Taqabbal.
Pada sebelah petang, ade program public speaking. Beberapa orang peserta dipilih untuk tampil ke hadapan menghuraikan ayat-ayat terpilih dari al-Quran, sekaligus
Sebilangan besar peserta tampil memilih untuk memetik mengenai sains dan apa yang diperolehi dalam forum sebelah pagi tadi, menyentuh sekitar sains dan peranannya dalam meningkatkan keimanan kepada Allah, sekaligus membakar semangat dan menggandakan komitmen terhadap agama Allah.
Program sehari ini diakhiri dengan usrah ringkas ahli-ahli KMKJ dan PUTRA.
Alhamdulillah, saya kira program ni telah berjaya mencapai matlamatnya.
Saya cadangkan program sebegini dapat dilaksanakan juga di Irbid, khususnya pelajar-pelajar perubatan yang baru tiba di
Sebelah malamnya tumpang bermalam di rumah YDP KMKJ, Ust Azfar. Memang terharu dengan layanan yang diorang bagi. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Sorrohatan, sepanjang 5 tahun di
Hari Sabtu: Program Teori Pengucapan Awam
Program ni sebagai salah satu langkah untuk perkasakan soft skill dalam kalangan student, menyentuh soal teknik pengucapan awam. Pagi tu Ust Arman, Pengarah MSD Jordan beri panyampaian. Petang sesi bersama fasilitator, kebanyakannya dijemput dari Irbid. Sebahagian besar fasi ada sedikit sebanyak pengalaman dalam public speaking. Untuk fasi syabab: Saya, Naqeb dan Afiq Muiz. Xdekla handal mane pun, tapi bolehla sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Kalau nak dikatakan, sayalah yang paling kurang kemahiran antara bertiga tu, sebab memang xpnah masuk piala perdana menteri dsb.
Poin yang kitorang nampak cuba ditekankan dalam program tu bukanlah sekadar nak fasih dalam pengucapan rasmi je, sebaliknya lebih kepada menggilap kemahiran dakwah bila balik nanti.
Alhamdulillah, saya sendiri banyak dapat manfaat daripada program tu.
Skali lagi saya cadangkan PERMAI boleh buat program sebegini dan lain-lain program yang membina soft skill.
Dan Alhamdulillah, rasa puas hati bila hujung minggu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Allahumma taqabbal.
Saya dah masukkan rangka huraian bagi soalan-soalan yang saya dapat masa forum tempoh hari. Sama-sama kita fikirkan dan semoga bermanfaat.
Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment