Dulu, kini dan selamanya.

Assalammualaikum.

Ok kali nie nak tukar stail plak. Ada orang kata asyik tulis tazkirah ajerkan. Hehehe.

Arituh hard disk rosak. So terpaksa format balik semua. Abes semua gambar-gambar lama hilang. Adalah tanya kat bebudak nie sesiapa ada simpan gambar lama time kat INTEC. Hampes semua. Tetiba hari kelmarin (bukan semalam bahasa Kelantan 101 ye), dan-dan nak exam dapat plak CD ada gambar lama. Hampagas sungguh korang nie.

Untuk pengetahuan semua, MEP4 terdiri daripada: KHAIRUL ANWAR IBRAHIM (nuek), MOHD NUR 'AIZAT YASIM (pok jat), MUHAMMAD AIZAT AMIRUDIN (aizat), MUHTADIIN RAMLI (tadin), IHSAN MUSTAEIN KORI (mat se), AHMAD FIRDAUS MUHAMED (daus a.k.a s*** c***) dan last but not least IQBAL HAZIQ ILYAS (iqbal).

So sekadar nak berkongsi gambar-gambar lama sewaktu muda remaja dulu (sekaran pun masih muda. xperlu cakap pun semua orang tahu. xyah nak kata umur 12 lah 18 lah. pandang pun orang dah tau muda. hehehe). Oklah xyah nak cakap banyak-banyak dah. Enjoy gambar-gambar nie semua sementara masih ada.

Sewaktu di INTEC. Tunggu bas nak gi Embassy Jordan kat Ampang.




Depan Embassy Jordan bersama-sama dengan MEP4 Egypt. Cuba zoom gambar nie kat tengah. Kat mamat pakai baju warna biru gelap skit tuh. Hehehe..


Kat rumah Ustazah Fadhilah bersama-sama dengan husband dia.


Kat stesyen bas depan Cemara. Nak pergi Cameron Highlands. Bukan Cameroon ye. ^.^


Di Cameron. Wah sungguh kudus muka semua. Yang tak leh tahan yang hujung belah kiri. Layan blues ker?


Mat Se di zaman mudanya.

Kalau gambar nie lagi mahal. 3 jejaka tampan sedang mencari (apakah telah berakhir pencariannya? jeng jeng jeng......)

Setelah hampir 6 tahun kita semua bersama-sama mengharungi perjuangan ini. Berbagai-bagai kenangan bersama yang mungkin tidak akan dapat dilupakan (tidak lupa juga kenangan pahit). Semoga ukhwah yang telah terbina akan terus kekal. Semoga semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya.

Cita-citaku


Assalammualaikum.

Wah lamanya tak update blog nie.
Rasanya kalau lah rumah ditinggalkan memang dah penuh dengan sesawang. Silap-silap dah diduduki oleh pengih dadah dah rasanya. Agaknya semua ahli TOBEK ARDI nie sibuk dengan urusan masing-masing kot. Ada yang examlah, ada yang sibuk berceramah ke sana sini. Tidak kurang juga yang sibuk membuat hal sendiri. Oklah sebabkan tak nak jadi macam tuh, so nak update nie. Hehehe.

Apa khabar semua?
Harap sentiasa sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah semua ahli TOBEK ARDI masih lagi diberikan nikmat kehidupan dan insyaAllah dalam Iman dan Islam.

Pernahkah anda semua berfikir tentang kehidupan kita di sini sebagai pelajar?

Jikalau difikirkan dan diteliti semula, kita semua sebenarnya adalah amat beruntung dan mewah diberikan peluang untuk menyambung pelajar di negara orang. Sebahagian daripada kita menerima biasiswa, ada juga yang datang sendiri dan kemudiannya dapat pinjaman, dan ada juga yang datang atas perbelanjaan sendiri. Tidak kira dalam kategori mana sekali pun, saya rasa kita semua adalah sama; mewah.

Beberapa hari yang lalu, sewaktu tukang paip sedang membaiki pemanas air di rumah yang sudah lama tidak berfungsi sempat berbual dengan anaknya, Hamzah (bapaknya dikenali sebagai Abu Hamzah). Umurnya baru sahaja 10 tahun. Tetapi dia sudah mengikut bapaknya membuat kerja. Sambil-sambil tuh sempat bertanya kepada dia apa dia nak jadi bila dah besar nanti. Dia cakap nak jadi polis.

"Polis? Kenapa tak nak jadi tentera?" saya bertanya.

"Polis lebih baik daripada tentera. Polis mempunyai lebih banyak kemudahan" balas Hamzah.

"Kau tak nak ke jadi doktor ke, jurutera ke?" saya bertanya lagi.

"Setiap orang ada rezekinya" balas Hamzah dengan matanya yang meliar.

Saya pun terus terdiam memikirkan apa yang dikatakannya. Dapat saya rasakan di dasar hatinya ada harapan dan cita-cita untuk melangkah lebih jauh tapi mungkin kerana peluangnya tidak seluas kita. Memang benar apa yang dikatanya itu. Rezeki masing-masing itu telah ditetapkan. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, kita semua telah diberikan peluang untuk belajar di dalam bidang perubatan di negara orang. Jikalau kita lihat nilai yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menghantar kita ke sini adalah terlalu besar. Nilai yang sama boleh memberi makan ramai orang. Atau pun mungkin untuk membeli sebuah kereta BMW. Kita harus bersyukur. Dengan negara yang diberikan kelebihan sumber alam dan industri yang pesat membangun, kita berpeluang untuk menikmati nikmat belajar.

Jadi sebagai orang yang bersyukur kita haruslah menunjukkan rasa itu dengan belajar bersungguh-sungguh. Dengan berusaha sedaya-upaya untuk membuat yang terbaik. Agar nikmat dan peluang yang telah diberikan itu tidak kita sia-siakan. Agar kita dapat pulang ke Malaysia sebagai seorang graduan yang cemerlang dalam bidang masing-masing dan dapat membangunkan Agama, Bangsa dan Negara kita yang tercinta.

Semoga kita semua tidak lupa akan tanggungjawab utama kita sebagai pelajar di sini di samping tugasan kita sebagai seorang pendakwah. Niatkan segala usaha kita kerana Allah. Semoga ianya diterima sebagai amalan soleh disisnya. Dan ingatalah, "Kewajipan melebihi masa yang ada".

Wassalam.

Love is in the air. Again....

"Love is in the air."

Begitulah istilah atau ayat yang digunakan bagi menunjukkan masuknya musim bunga yang akan melahirkan bibit-bibit percintaan antara dua insan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa CINTA itu adalah satu kalimah yang sering digunakan oleh remaja hari ini. Dan dengan kalimah ini jugalah ramai daripada kalangan pemuda dan pemudi kita yang tewas. Cinta memang satu fitrah yang tidak dapat kita lawan. Tetapi kita mampu menghindarkannya atau disalurkan ke jalan yang betul.

Setiap hari, semakin ramai yang menyulam cinta antara satu sama lain. Antara uda dan dara. Janji setia yang dilafazkan yang katanya akan berkekalan sehingga ke pintu syurga. Bagaimana ingin bercinta sehingga ke pintu syurga jikalau permulaannya sudah membawa ke pintu neraka? Bagaimana suatu perkara yang jikalau kena caranya akan membawa restu Ilahi akhirnya menimbulkan kemurkaan kepada kita? Dimanakah silapnya?

Saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian berfikir sejenak. Kerana perkara ini saya lihat telah sampai ke tahap yang kritikal yang harus kita fikrikan bersama bagaimana untuk mengawalnya. Bukan bermakna saya 'dengki' dengan pasangan-pasangan yang 'bahagia' berjalan dan ketawa bersama. Tetapi saya sedih dengan cara hidup kita yang tidak menunjukkan langsung Islam itu sendiri. Kita mengaku Islam tetapi kita masih lagi meninggalkan sembahyang. Kita mengaku Islam, tetapi kita masih lagi bergurau senda antara bukan muhrim. Kita mengaku Islam, tetapi kita masih lagi menjalinkan hubungan yang mengundang padah dalam hidup kita.

Apakah benda yang menarik untuk dibualkan bersama setiap hari melalui SMS, YM mahupun telefon? Percaya atau tidak jikalau sekarang kita asyik berbicara bersama, seandainya kamu bersama nesecaya tiada apa lagi yang hendak dikongsi bersama. Kerana semuanya telah diketahui. Jikalau semua jenaka telah digunakan sekarang, apa lagi yang tinggal untuk dijenakakan setelah diijab-kabulkan? Apa lagi yang tinggal untuk dikongsi bersama?

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak melarang sesuatu perkara itu melainkan ada perkara yang tidak indah padanya. Allah mengharamkan arak kerana keburukkan arak itu melebihi kebaikkan. Allah mengharamkan judi kerana ia menjadi pemusnah institusi kekeluargaan. Allah mengharamkan zina kerana ia akan menyebabkan pelbagai penyakit kepada individu dan kepada masyarakat. Dan sesungguhnya kita sebagai ummat Islam tidak harus mempersoalkan kenapa sesuatu benda diharamkan. Takut-takut kita akan mempersekutukan Allah.

"Jangan hampiri zina"


Itulah yang telah diterangkan dalam kita suci kita Al-Quran. Sebagai ummat Islam kita wajib mematuhinya. Tiada lagi kompromi dalam hal ini. Jikalau perkara ini tidak kita tangani hari ini, apakah akan terjadi kepada generasi muda kita pada masa akan datang? Apakah mereka akan kekal dalam nikmat Iman dan Islam. Atau lalai dengan dunia yang fana ini?

Islam tidak akan menghalang sesuatu perkara itu melainkan diberikan alternatif kepadanya. Jawapan kepada perkara tersebut adalah 'perkahwinan'. Institusi perkahwinan inilah yang akan menyalurkan CINTA kita ke jalan yang benar. Dengan ianya jugalah Islam akan berkembang dengan lebih pesat. Islam akan menjadi lebih gah dengannya. Oleh itu, kepada rakan-rakan yang rasanya telah mampu untuk berkahwin segerakanlah. Jangan masukkan diri anda ke dalam neraka. Bimbinglah teman anda ke arah keredhaan-Nya. Dan kepada mereka yang masih tidak lagi mampu, hindarilah dirimu daripada semua ini. Seandainya telah bersedia, barulah dimulakan langkahnya. Ingatlah sesungguhnya jikalau kita bersusah-susah demi Allah, nesecaya kita akan dibalas dengan kebaikkan. Jikalau tidak di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Dan kepada mereka yang masih degil setelah diberi peringatan, ketahuilah bahawa Allah itu maha adil. Setiap perbuatan akan dibalas. Dan sesungguhnya azab neraka itu amat pedih. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Mari bercinta kerana Allah.

Media Massa dan Kita


Dalam kita menghadapi dunia yang semakin mencabar dari sehari ke sehari ini, rasanya kita tidak boleh lari dari melihat paparan di dada-dada akhbar berkaitan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dari isu pengeboman, isu pembunuhan, isu agama sehingga ke isu hiburan. Kehidupan seharian kita banyak dipengaruhi oleh media massa. Dari sekecil-kecil perkara. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih media untuk dijadikan sumber kita dalam menghadam segala berita.

Persoalannya, ada media massa hari ini masih lagi menyampaikan maklumat dengan ikhlas dan tepat? Ataukah mereka terkongkong oleh golongan tertentu? Pada pendapat peribadi media hari ini terlalu dikongkong oleh satu pihak yang mungkin benar dan mungkin tidak. Hasilnya banyaklah berlaku salah tanggapan dan fitnah. Apa yang sudah terjadi dengan amanah yang telah diberikan? Saya tidak ingin menuding jari ke mana-mana pihak. Saya faham media massa di negara kita banyak dikawal oleh orang-orang politik. Tidak kira kerajaan ataupun pembangkang.

Dalam keadaan dunia yang memerlukan kita sentiasa up-to-date ini, kita jadi semakin bingung untuk memilih apakah sumber terbaik kita. Kerana rata-rata wartawan hanya memaparkan kisah yang berat sebelah. Hanya menunjukkan kesalahan pihak yang bertentangan. Apa salahnya jikalau kita melaporkan apa yang benar-benar berlaku walaupun pahit? Adakah kita akan rugi? Pernah dengar pepatah inggeris "honesty is the best policy"?

Janganlah disalahkan kepada bloggers menyebarkan fitnah jikalau pihak yang mempunyai kemudahan penyebaran maklumat juga menyebarkan fitnah. Hakikatnya rakyat kebanyakkan akan melihat kepada apa yang dilakukan oleh orang atasan dan dijadikan panduan. Memang sepatutnya tidak berlaku. Tapi itulah hakikatnya kita pada hari ini.

Sebagaimana kita memahami isu Palestin juga, terdapat banyak berita yang dipaparkan hanya menunjukkan kesalahan pihak HAMAS sahaja. Bagaimana pula dengan kesalahan ZIONIS yang melampau itu? Adakah mereka bebas begitu sahaja. Dengan mudah meminta maaf kemudian dilupakan. Lupakah dunia bahawa ZIONIS adalah satu golongan yang tidak diterima di seluruh dunia pada satu masa dahulu. Mereka dianggap sebagai outcast. Tetapi mereka ini dikurniakan oleh Allah kelebihan akal fikiran yang tajam. Mereka bijak menggunakan keadaan. Keadaan ummat Islam yang terlalu mengejar kemewahan dunia dan segala isinya. Sehingga melupakan Quran dan As-Sunnah.

Apabila dua panduan utama ummat Islam ini ditinggalkan, hasilnya apa yang kita dapat lihat pada hari ini. Kita tidak lagi menegakkan kebenaran kerana takutkan hilang nikmat dunia. Takut untuk berkata benar kerana bagi mereka kepahitannya tidak dapat di terima. Ini semua satu pembohongan. BOHONG! Mereka lebih rela bersama pihak lawan daripada bersama ummat Islam. Mereka inilah sebenarnya musuh yang harus kita perangi. Kerana dengan ada orang seperti mereka inilah akan menyebabkan ummat Islam tidak akan berjaya. Mereka harus digantikan dengan mereka yang beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan mereka yang tidak mempunyai autoriti untuk mentafsir dan pandai-pandai mentafsir.

Oleh itu, kita sebagai generasi pemimpin masa hadapan haruslah bersama-sama untuk meningkatkan kefahaman kita terhadap agama disamping ilmu duniawi yang lain. Kerana dalam satu hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya,

"Barang siapa yang ingin dimuliakan Allah, akan diberikan kefaqihan dalam agama".


Agama itulah yang akan menjadi panduan kita. Agama Islam yang dikurniakan Al-Quran dan As-Sunnah. Ayuh kita tinggalkan perbahasan untuk mencari kelainan dan saling memburukkan antara satu sama lain kepada untuk mencari titik persamaan di atas matlamat yang sama; mengembalikan kegemilangan Islam. Semoga kita berjaya di SANA.

Salam Perjuangan.

Untukmu Palestin : Lupakah Kita?

Assalamualaikum wbt dan Salam Perjuangan Pembebasan.

Percaya atau tidak, keparahan luka di bumi Palestin pada hari ini adalah cerminan kepada betapa hodohnya perangai dan pemikiran kita umat Islam kini. Adalah sesuatu yang amat memalukan, apabila 1.3 billion umat Islam tidak mampu mengusir hanya beberapa juta penduduk haram yahudi di tanah Palestin. Ia sungguh memalukan.

Telah menjadi suatu lumrah, apabila sesuatu kelompok itu ditekan, pada peringkat permulaan mereka akan bangkit menentang dengan segala kekuatan dan semangat berkobar-kobar. Namun lama-kelamaan, semangat itu sedikit demi sedikit terhakis, kemudiannya menjadi satu kelompok suara minoriti dan kemudiannya semakin luput ditelan zaman. Kini, suatu penjajahan yang ditentang habis-habisan satu ketika dahulu sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang memalukan, dan akhirnya ia dianggap sesuatu yang harus diterima sebagai suatu hakikat yang tidak mungkin diubah lagi… Inilah sikap umat Islam kini, khususnya terhadap isu Palestin.

Ramai di kalangan umat Islam sudah tidak yakin bahawa umat Islam mampu merampas kembali Palestin. Ramai yang terlalu kagum dengan kuasa besar Amerika dan sekutunya negara haram Israel lalu menganggap bahawa mereka adalah kuasa kebal yang tidak mungkin dapat dikalahkan, dan Palestin tidak mungkin dapat dikembalikan.

Kalau itulah yang anda fikirkan, anda silap!

Lupakah kita, bagaimana susah dan payahnya perjuangan dakwah Rasulullah saw, yang tidak kenal erti rehat dan senang-lenang yang kemudiannya diteruskan oleh para sahabat Radhiallahu’anhum, sehingga akhirnya terbukanya baitul maqdis di tangah khalifah agung Umar al-khattab ra dan sekaligus membebaskannya dari cengkaman kuasa Rom, yang merupakan kuasa besar dunia ketika itu?

Lupakah kita, bagaimana baitulmaqdis pernah dirampas oleh tentera salib, namun dengan semangat dan kekentalan iman dan keteguhan syakhsiah, umat Islam di bawah pimpinan salahuddin al-ayyubi telah berjaya merampas semula Baitulmaqdis, dan tentera salib hanya sempat memerintah selama 90 tahun?

Dan lupakah kita, pada semangat perjuangan rakyat peribumi Palestin:

Revolusi al-Quds pada 1920,
Revolusi al-Buraq 1929,
Perjuangan Kumpulan Jihadiyyah yang dipimpin oleh al-Qassam,
Revolusi Agung dalam akhir 1930-an,
Operasi-operasi Komando Palestin sekitar akhir 1960-an,
Intifadah Pertama sekitar 80 dan 90-an,
Intifadah Kedua pada September 2000,

serta siri perjuangan yang tidak pernah henti oleh penduduk Palestin, yang menjadi saksi kecekalan mereka mempertahankan tanah umat Islam dari perampas Zionis, walaupun dengan kekuatan persenjataan yang sangat sedikit?

Semua ini menjadi hujah ke atas kita bahawa jikalau musuh yang kita hadapi itu adalah kuasa besar dunia sekalipun, kita sememangnya mampu!! Kita mampu dapatkan semula hak kita yang telah dirampas, setiap inci persegi bumi Palestin. Rentetan sejarah ini harus sentiasa diulang dan diingati agar semangat kita untuk Palestin tidak akan pernah luntur.

Justeru, program seperti Roadshow seperti ini adalah amat penting dalam mengembalikan ingatan kita kepada sejarah kita yang silam - bukan untuk dikenang-kenang, bukan juga untuk dibangga-banggakan, sebaliknya untuk menjadi bukti dan pembakar semangat, bahawa umat Islam mampu dan akan membebaskan Palestin dari penjajah dalam masa yang terdekat ini. Syaratnya usaha dan perjuangan. Kita pantang menyerah sebelum berjuang, pantang maut sebelum ajal.

Semoga dengan penganjuran Roadshow Al-Aqsa ini dapat mengingatkan kita pada sejarah perjuangan gemilang umat Islam terhadap Palestin, selanjutnya menggerakkan jiwa dan jasad kita untuk terus bertindak mempertahankan dan mendapatkan semula bumi Palestin yang telah dirampas oleh musuh-musuh Allah.

Marilah kita bertindak segera dan berjuang dengan segala kemampuan yang ada untuk Palestin, kerana selagi Palestin masih terjajah, usaha membebaskannya terpikul di bahu kita, di bahu semua Muslim. Masing-masing boleh memainkan peranan yang berbeza dan pelbagai mengikut kapasiti dan kreativiti masing-masing. Tepuk dada, tanyalah iman akan peranan anda untuk Palestin.
.
Akhir kata, marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar lalu yakinlah, bahawa Islam pasti menang.


HIDUP PALESTIN.

Kenapa mahasiswa muslim mesti study sungguh-sungguh?

i- Ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah


إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآَيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ (3) وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آَيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ (4) وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ رِزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آَيَاتٌ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (5)


"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah:1-5)

Allah Ta'ala menyebutkan bahawa ayat-ayat dan bukti-bukti ini hanyalah bermanfaat buat orang-orang yang beriman, yang yakin dan berfikir tentang hujah-hujah dan tanda-tanda kebesaran Allah
(أضواء البيان في إيضاح القرآن بالقرآن للشنقيطي)



وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

"Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"(Az-Zariyat:21)


--so bg yg blaja dlm bidang sains, esp. medic n dentistry... kene ingat, study tu klu boleh jgnla sebab nk lulus exam je. sambil2 blaja tu pikirkan same kebesaran Allah dalam anatomy, fisiologi dll. barula dapat serampang bermata2!! Aqidah makin mantap, pahala pun insyaallah bertambah.


--dua ayat kat atas ni Allah sebut secara spesifik, BADAN MANUSIA sebagai tanda kebesaran Allah. Jelas bahawa blaja tentang badan manusia boleh meningkatkan iman.. bagi yang nak je la.

_______________________________________________________________________


ii- Tanggungjawab fardhu kifayah


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah:122)


- Selain bidang agama, bidang perubatan sebagai contoh, pun fardhu kifayah gak, sebab ilmu perubatan merupakan salah satu asas kemaslahatan ummah dan sangat-sangat diperlukan. dah namanya pun fardhu, xknla nk wat sambil lewa kot...


iii- Amanah kerajaan Malaysia / ibu bapa


عن أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ (الجماعة الا ابن ماجه)


iv- Harapan ibu bapa, keluarga dan masyarakat


--Waktu kite tengah down, rase malas or putus asa, ingatlah balik pesanan mak ayah, harapan keluarga dan masyarakat yang menanti kita. Janganlah hancurkan harapan mereka semata-mata kerana sikap kita yang malas, suka berhibur dan berfoya-foya sehingga lari dari tujuan asal. Kembalilah kepada tujuan asal kita ke sini.



Kesimpulannya, kenapa mahasiswa muslim mesti study sungguh-sungguh? Sebab:

i- Ilmu disuruh supaya dicari, lalu digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah

ii- Belajar kepakaran tertentu yang menjadi keperluan ummah adalah tanggungjawab Fardhu Kifayah

iii- Belajar adalah Amanah kerajaan Malaysia / ibu bapa

iv- Harapan ibu bapa, keluarga dan masyarakat


So, ape lagi…

Jom study sungguh-sungguh!!


Wallahua’lam.

SELAMAT BERIMTIHAN~


p/s: Innalillahi wa Innaa Ilaihi Raaji3oon. Semoga rakan-rakan di Mesir yang ditimpa kemalangan dapat segera sembuh dan semoga ujian ini menjadi penghapus dosa buat mereka. Dan semoga roh akh ammar (Muhammad Ammar Bin Zulkifli) mendapat keampunan dan rahmat dari Allah swt. Kenangan di Syria dan Jordan insyaallah akan kekal dalam memori.

Promosi Musim Panas

phew... bersejarah gile arini, 11 paper nyer marathon dh tamat. 2-3 sebeum nih aku ade jnji ngan nuhek, ckp nak wat "PROMOSI" kat blog nih..nuhek slaku mod kat, silela...tp nih baru intro utk promo aku. isi kandungan aku tgh draft, jd tunggu..... sebagai HINT die, aku tarukla gmbr nih..ade faham ka??