Amalan kita?
Asssalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Ramadhan kareem. Kullu 3am wa antum bi kheir.
Hari ini masuklah hari ke-3 kita berada di dalam bulan Ramadhan yang kita semua sedia maklum mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan2 lain. Masih belum terlewat untuk kita meningkatkan amal ibadat kita kepada-Nya. Pelbagai cara boleh kita lakukan. Tetapi persoalan yang suka untuk saya bawa adalah kesediaan kita untuk melaksanakannya.
Cuba kita lihat disekeliling kita, pelbagai jenis manusia yang boleh kita tengok. Ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang gembira dan ada yang berduka. Memang terdapat bermacam-macam jenis manusia kat dunia nie. Tetapi semua itu tidak akan dipandang di sisi Allah melainkan iman dan taqwa kita kepada-Nya. Jadi berbalik kepada perkara yang cuba saya bawa kat sini berkaitan kesediaan kita melaksanakan ibadah. Adakah kita bersedia? Apakah perbezaan antara mereka yang ikhlas dan mereka yang tidak? Adakah kita melakukan sesuatu amalan itu tanpa mengharapkan balasan? Adakah layak untuk kita mengharapkan ganjaran dari amalan yang tidak ikhlas? Persoalan inilah yang seharusnya bermain difikiran kita. Tetapi jangan pula kerana persoalan ini menjadikan kita berat untuk melakukan amalan. Amalan tetap amalan. Niat itu yang menentukan amalan kita diterima atau tidak. Andai kata sewaktu kita melakukan sesuatu amalan jariah atau ibadat dan dalam masa yang sama menyebabkan timbul rasa riak di dalam hati, berisghtfarlah. Kerana sesungguhnya riak itu hanya layak bagi Allah.
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunat Tarawikh, membayar zakat dan bermacam-macam lagi. Lakukanlah apa yang kita termampu. JIkalau mampu untuk melakukan dengan lebih, itu lebih baik. Janganlah kita sekadar rasa cukup dengan yang sedikit. Tidak salah rasanya untuk kita 'tamak' dalam mengerjakan amal ibadah kepada-Nya. Dan dalam masa yang sama janganlah berasa riak dengan amalan kita yang belum tentu akan diterima oleh-Nya. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk berfikir kembali setiap perkara yang telah kita lakukan. Adakah ianya dilakukan atas niat kerana-Nya atau kerana keduniaan. Jikalau kerana-Nya, alhamdulillah. Tetatpi jikalau sebaliknya cuba cari kembali di mana silap kita. Semoga kita akan dipertemukan dengan kebenaran yang akan membawa diri kita lebih dekat kepada-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang menguasai segalanya. Moga amalan kita diterima di bulan yang mulia ini.
Akhir kalam, Salam Ramadhan.
Ramadhan - Ikat ukhuwah betul2 ::ihya' ramadhan '08::
Posted by
mujahid86
on Tuesday, September 2, 2008
/
Comments: (0)
Assalamualaikum..
Elo2.. pekaba sume? Amacam 2nd day of Ramadhan?
Adoilah... ingatkan bulan-bulan pose ni bolehla bukak pose dengan ahli tobekardi yang tujuh itu, tapi 1st day berbuke semalam,2 orang je yang tinggal. Daus, tadin balik. Nuek, Aizat g amman. Yaser balik kampong -mafraq la, mane lg-. So tinggal la berdua ngan Awe. Alhamdulillah ade 2 tetamu yg datang tolong masak n berbuka skali. Meriahla sket. Klu x mrasalah berbuka macam dalam penjara plak ha.
Sepatutnye kan, bulan pose ni selain bulan ibadah, jugak merupakan bulan ukhuwah sebenarnya. Cube teliti balik, banyak mende yg dibuat dalam bulan pose ni mengikat ukhuwah sesame muslim amnya, dan sesame ahli rumah khasnya. Kalau tengok kat negara2 arab + turkey pon, Ramadhan seringkali diharapkan akan mengutuhkan tali kekeluargaan. Bagi masyarakat student, inilah masa untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli rumah, dengan jiran-jiran dan sesama pelajar Malaysiadi mana saja anda berada. So, rasanya sesuai kalau direpublish semula artikel ihya ramadhan yang ditulis last year, sebab isinya masih relevan dalam situasi semasa. Silalah beri tumpuan pada empat perkara yang dicadangkan untuk dibuat sepanjang ramadhan ni untuk mengeratkan ukhuwah, insyaallah sama-sama kita praktikkan, ok?
Dan seperkara lagi (yang tidak begitu hangat tahun ni) adalah isu ketinggian hidung junior2 dan saiz kepala senior2. Rasanya penting jugak untuk diulang tayang, jugak sangat relevan.
Selamat membaca, wassalamualaikum.
Pada masa artikel ini ditulis, seluruh warga PERMAIsedang mengalami dua isu besar yang mengukir kesan dalam sanubari masing-masing.
Pada satu sudut, Ramadhan yang datang disambut mesra oleh kita semua. Segala kelebihannya yang nyata mahupun tersirat bijak dibongkar oleh para siswa lantas dihayati demi Mardhatillah yang membahagiakan. Secangkir madah Utusan Allah saw. sudah cukup menggambarkan kehebatan suatu tempoh Tarbiah Rabbaniyyah (pendidikan Tuhan) bernama Ramadhan. Sabda baginda saw. yang mafhumnya:
"Allah swt. telah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu adalah bagiKu, dan Aku yang memberi ganjaran untuknya. Puasa itu adalah perisai, maka tatkala hari-hari berpuasa, janganlah seseorang dari kamu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan janganlah dia meninggikan suara. Jika seseorang mencacinya, maka katakanlah Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Demi Tuhan yangnyawa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, dan bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan; Iaitu ketika berbuka, dan ketika bertemu Tuhannya nanti, ketika itu dia akan bergembira kerana puasanya."
(Hadith Muttafaqun 'Alaih)
Asy-syeikh Ibn 'Uthaimeen rh. mengulas keistimewaan hadith ini dengan menyatakan bahawa hadith ini mengandungi elemen dari kedua-dua jenis hadith, iaitu padanya ada Kalamullah yang disebutkan dengan lafaz baginda saw. dan Kalam baginda saw. sendiri.
Justeru, tidak hairanlah Ramadhan dijadikan peluang untuk memperbaiki diridan merebut ganjaran yang Allah sediakan, khasnya bagi kita di sini. Amat rugilah jika ia dibiarkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi dalam sepuluh hari terakhir ini.
Pada sudut yang lain, PERMAI telah menerima kedatangan tetamu istimewa dalam jumlah yang besar, yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar PERMAI yang sedia harmoni. Selamat datang kami ucapkan kepada adik-adik baru. Ahlan Wasahlan Bikum.
Namun dalam keseronokan menerima ahli baru dalam keluarga kita ini, kedengaran juga khabar-khabar yang kurang enak dari pelbagai golongan. Orang lama dikatakan kurang prihatin dan kurang mengambil berat terhadap adik-adik. Adik-adik pula disifatkan sebagai 'sekunder' dalam hal sapa-menyapa antara satu sama lain. Bila disapa baru menjawab. Jika tidak, maka berlalulah enau bagai dalam belukar, walaupun dalam hatinya terasa cukup serba salah.
Itu yang didengar. Kita tidak mahu berserkap jarang, jauh sekali berburuk sangka. Tapi hakikatnya, kata-kata itu ada benarnya, sekalipun tidak melibatkan semua. Menyalahkan sesiapa bukanlah tindakan bijak dalam hal ini. Pokoknya, penulis beranggapan bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan meletakkan diri di tempat pihak yang satu lagi. Sepertimana seorang senior harus faham bahawa adik-adik baru punyai sifat malu, segan dan mungkin juga bimbang untuk memulakan sapa mesra, begitulah juga adik-adik harus menyedari hakikat bahawa para senior pernah mengalami situasi yang anda alami, dan sangat gembira jika anda yang memulakan langkah, sebagaimana yang mereka pernah lakukan suatu masa dulu.
Dalam mengasimilasi kedua-dua isu ini, seharusnya kesempatan Ramadhan ini digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang ada. Pelbagai wasilah yang mampu menghubung persaudaraan ada pada Ramadhan ini, yang tiada pada waktu yang lain. Ia seharusnya kita gunakan sebaik mungkin demi menjalinkan persaudaraan yang utuh, demi menjamin kelansungan harmoni dan kekukuhan saf ahli-ahli PERMAI sekalian.
Kita ada (i) solat tarawih berjamaah; Setiap malam kita berpeluang bertemu di masjid dan saling bersapa antara kita. (ii) Tadarus al-quran; Ia merupakan satu peluang yang cukup baik untuk mengenali dengan lebih rapat bukan sahaja sesama ahli-ahli kumpulan tadarus, bahkan juga ahli-ahli rumah mereka, melalui giliran tempat tadarus yang dijalankandari rumah ke rumah. (iii) Iftor; Selain berbuka puasa sesamaahli rumah, apa salahnya kita ber'join-venture' dengan rumah-rumah lain, khususnya rumah-rumah yang ahlinya belum kita kenali dengan lebih dekat. Satu lagi budaya yang boleh kita amalkan adalah (iv) bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran. Tidakkah dengan itu akan terasa Halawatul Ukhuwwah, yang akhirnya akan membawa kepada kebahagian lantaran turunnya rahmat dari Tuhan?
Seharusnya semua ini diambil kesempatan untuk kita saling bermesra dan berkenalan. Buangkanlah rasa keegoan, dan ketepikan juga rasa malu dan segan. Seorang muslim yang berwawasan dan berfikiran jauh akan sanggup mengenepikan itu semua serta sanggup memulakan langkah demi sesuatu yang jauh lebih penting dan besar, iaitu Ukhuwah Islamiyyah. Itulah tuntutan Allah dan Rasul.
Buat akhirnya, ingin saya sampaikan petua yang sangat bermakna dari Rasulullah saw. dalam membina keutuhan persaudaran. Ia merupakan kata-kata pertama yang baginda saw. ucapkan tatkala sampainya 'orang-orang baru' muhajirin di Yathrib yang dihuni oleh 'orang-orang lama' Ansar ketika itu. Ia sangat bertepatan dengan keadaan kita di sini. Sabda baginda saw. sebaik sampai di Yathrib:
"Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan, tautkanlah sillaturrahim dan dirikanlah solat ketika manusia lain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk ke syurga dengan sejahtera."
(HR Tirmizhi, kata Imam Tirmizhi: Hadith hasan sohih)
Semoga itu dapat diamalkan. Semoga kita semua juga dapat mengimarahkan sepuluh terakhir Ramadhan. Dan semoga Ukhuwah Islamiyyah kita tetap kukuh dalam lembayungan kasih Tuhan.

Ramadhan medan tarbiyyah, menjalin persaudaraan

"Best dan Power"nye Ramadhan ::Sempena Ihya' Ramadhan PERMAI '08::
Posted by
mujahid86
on Monday, September 1, 2008
/
Comments: (0)
Assalamualaikum wbt.
Ahlan Ya Ramadhaan... Ahlan Bika Ya Syahral Rahmah Wal Maghfirah.
Ramadhan datang lagi. Amacam korangnyer preparation? Ke dah mula buat kueh raye? Xleh caye gak nih. Orang nk sambut Ramadhan die dah nak raye dah. Kalau kt irbid ni Macam-macam style budak2 ni nk sambut Ramadhan:
i-Ade yg mmg dah prepare nak sambut Ramadhan dari awal lagi, ie. Membanyakkan ibadah sejak bermulanya Syaban. Alhamdulillah, semoga mereka ni dapat apa yang dihajati dari Ramadhan.
ii-Ade gak setengah tu yang kate: "oh, esok dah Ramadhan.. dah xleh tgk movie, so harini kene belasah movie marathon cukup-cukup sampai maghrib. Ramadhan start maghrib kn?" katenye. Walaupun xbrape ok, at least ade niat untuk memperbaiki diri mase bulan ramadhan ni. Smoga lps ramadhan dah xdek marathon2 lg, ok?
iii-Ade tu lagi best, Ramadhan ke x Ramadhan same je. Bezanya lapar sbb xmakan dan haus sbb xminum. Xdekla kate nk tingkatkan amalan ke ape ke.. xrase langsung specialnye bulan Ramadhan ni. Yg ni memang nk kene haja sket.
Meh cni kite bace sket ape yg best dan power sgt bulan Ramadhan ni...
1) Keberkatan yang berterusan selama sebulan penuh.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan ,bulan yang penuh berkah,diwajibkan oleh ALLAH kepada kalian puasa, padanya dibuka pintu-pintu langit,pintu-pintu Neraka Jahim ditutup,syaitan-syaitan dibelenggu,di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Barangsiapa tidak mendapatkan kebaikannya(malam tersebut)maka dia benar-benar tidak mendapatkannya. "
(Riwayat an-Nasai dan al-Baihaqi)
Hah, bulan berkat tu. Setan2 sume kene ikat, so kalau buat jahat gak memang dasar nafsu serakah la tu. Pastu dibuka pintu-pintu langit (yakni bagi mereka yang berdoa) dan yang paling best ade lailatul qadar. Best2. So sepanjang sebulan ni:
i-Banyakkanlah doa
ii-Cuba latih diri untuk tinggalkan perkara maksiat yang dah lama kita buat, sebab bulan pose ni senang sket, setan xdek.
2) Orang yang berpuasa akan dapat ganjaran special dari Allah swt.
· Keampunan ALLAH S.W.T,
Mengenai hal ini ALLAH S.W.T telah berfirman :
"...Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar."
(Surah al-Ahzab,ayat 35)
Kadang-kadang kita ni pandang ringanbila satu kebaikan itu diganjari dengan keampunan, walhal orang mukmin tu kan sangat dahagakan keampunan dari Allah swt. kenapa kita pandang ringan keampunan Allah? Jawabnya, sebab kita nampak dosa tu macam kecik je, sedangkan sabda nabi saw:
"Orang yang beriman menganggap dosanya seperti gunung yang akan menimpanya, sedangkan orang yang fajir (ahli maksiat) melihat dosa ibarat lalat yang yang hinggap dihidungnya; bila ia mengisyaratkan dengan tangannya maka lalat itu akan lari."
So, it's important untuk kita menghayati sifat seorang mukmin kalau nk jadi mukmin sejati, salah satunya ialah memandang berat dosa-dosa yang dilakukan dan selalu ingin segera bertaubat kepada Allah. Dengan itu, setiap kali didengar ayat-ayat tentang pengampunan, Insyaallah kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya.
· Memasuki syurga melalui pintu yang dikhaskan,
Dari Sahl bin Sad radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu alayhi wasallam,Baginda bersabda:
"Di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan.Orang-orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat.Selain mereka tidak ada seorang pun yang masuk ke sana.Apabila mereka telah masuk,pintu itu dikunci,setelah itu tidak ada yang masuk seorang pun. "
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari ,Muslim dan Ibnu Khuzaimah dengan tambahan lafaz: Apabila yang terakhir telah masuk,pintu itu dikunci dan siapa sahaja yang memasukinya,ia tidak akan merasa keahusan selamanya)
· Puasa dihadiahkan dengan ganjaran yang tersendiri dan berbeza daripada ibadah lain:
Dari Abu Hurairah r.a ,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:
"ALLAH Azza Wa Jalla berfirman:Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa,sesungguhnya ia untuk-Ku dan aku akan membalasnya.Dan puasa itu perisai,maka apabila salah seorang di antara kamu berpuasa pada hari tiu,janganlah dia berkata-kata dengan perkataan yang kotor dan jangan marah.Jika seseorang menghinanya atau memusuhinya,maka katakanlahSesungguhnya aku sedang berpuasa.Demi Dzat yang jiwa Muhammad dalam tangan-Nya,bau mulut orang yang berpuasa,sungguh,lebih baik daripada wangian misik(kasturi),bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang dapat dia rasakan;iaitu apabila dia berbuka dan apabila ia bertemu Tuhannya,(maka) ia bergembira dengan puasanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3) Lastly, Solat Terawih, sebagai Hadiah ekstra dari Allah.
Dari Abu Hurairah R.A,bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Barang siapa mendirikan (shalat sunnah-(tarawih dan qiam)-) pada malam bulan ramadhan kerana Iman dan mengharapkan pahala dari ALLAH,maka dosa-dosanya yang telah diampuni." (Riwayat al-Bukhari)
Jadi waktu kenyang2 lepas bukak pose, agak2 malas nak g terawih tu, ingatlah hadith ni.. mcm yg kita dah sebut td, keampunan dari Allah-lah yang kita harapkan. Sedarlah diri kita ni memang banyak dosa.
Cukuplah dulu setakat tu kot. Harapnya bagi kita yang dah lupa akan kepoweran dan kebestan bulan ramadhan ni kembali ingat semula akan keutamaan dan keistimewaannya. Insyaallah bila kite dah ingat semula, kita lebih bersemangat untuk buat yg terbaik dalam bulan ramadhan ni.
Yang terakhir, pastikanlah ibadah kita di bulan ramadhan ni (dan bulan-bulan lain juga) didasari dengan ilmu (baca: al-quran dan as-sunnah) dan bukan adat atau kebiasaan. Untuk rujukan mudah, boleh rujuk semula risalah petunjuk puasa nabi saw oleh al-fadhil ustaz fathul bari dan sedikit sebanyak hukum berkaitan puasa dalam ebook hukum puasa al-ahkam.net (dua2 ni ade dlm yahoogroup permai) atau mana-mana rujukan yang mu'tabar
Selamat menjalani musim ibadah, Ramadhan al-Mubarak. Wassalamualaikum.

Rasul-rasul Allah : Kesamarataan atau Pembezaan?
Posted by
mujahid86
on Thursday, August 14, 2008
/
Comments: (0)
Di dalam al-Quran, Allah swt telah berfirman yang mafhumnya:
"Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."" (al-Baqarah : 285)
Ayat di atas menunjukkan bahawa semua Rasul yang Allah utuskan itu diimani secara sama oleh orang mukmin dan tidak dibeza-bezakan antara mereka. Namun, dalam ayat yang lain, Allah berfirman:
"Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa darjat." (Al-Baqarah : 253)
Ayat ini pula menjelaskan bahawa Allah Taala melebihkan sebahagian rasul dari sebahagian yang lain. Ini kelihatan seolah bercanggah dengan ayat surah al-Baqarah tadi yang menegaskan bahawa tidak harus dibezakan antara Rasul-rasul.
Apakah kedua-kedua ayat ini bercanggah antara satu sama lain?
Jawapan:
Salah faham ini muncul kerana adanya tabiat mengambil maksud ayat dengan kurang cermat, tanpa memerhatikan maksudnya dengan teliti. Mari kita perhatikan ayat-ayat di bawah ini, yang semuanya menegaskan bahawa rasul-rasul itu tidak dibeza-bezakan:
"Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (al-Baqarah: 136)
"Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."(al-Baqarah:285)
Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri." (Ali Imran: 84)
Perhatikan bahawa kesemua ayat di atas menegaskan bahawa rasul-rasul tidak harus dibeza-bezakan dari sudut keimanan kepada mereka. yakni, tidak hanya beriman dengan sebahagian rasul as., dan tidak beriman kepada sebahagian rasul yang lain. semuanya wajib diimani.
Al-Imam Ibn Katheer (700-774H) menjelaskan dalam tafsirnya:
"Orang-orang beriman membenarkan semua Rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan dari langit kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi. Mereka tidak membezakan antara rasul-rasul itu, yakni mereka tidaklah mengambil sikap beriman dengan sebahagian dan mengingkari sebahagian yang lain. Bahkan kesemua Rasul ini bagi mereka adalah orang-orang yang benar, soleh, diberi hidayah dan menjadi penunjuk jalan."
Kita lihat pula ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah melebihkan (yakni membezakan) sebahagian Rasul as. daripada sebahagian yang lain:
"Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari) mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebahagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus..." (al-Baqarah: 253)
" Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian nabi-nabi itu atas sebagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud." (al-Isra' : 255)
Jika diperhatikan, ayat-ayat di atas jelas menyatakan bahawa, Allah Ta'ala melebihkan sebahagian Rasul as. daripada yang lain dengan pemberian-pemberian Allah kepada mereka, yang dianugerahkan secara spesifik kepada Nabi-nabi tertentu. Sebagai contoh yang disebutkan:
"Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia)"
-kelebihan Allah buat nabi Musa as."
"Sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat"
-Para mufassireen berselisih pendapat tentang siapakah yg dimaksudkn dlm ayat ini:
i- al-Imam Ibn Katheer rh.:
Ini seperti yg telah sabit dalam hadith Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw di mana para Anbiya' as. punyai kedudukan (level) yang berbeza-beza di sisi Allah.
ii- al-Imam as-Suyuti rh.:
Menaqalkan daripada Ibn Abi Hatim daripada 'Amir asy-Sya'bi bahawa yg dimaksudkan oleh ayat itu adalah kelebihan Allah buat Nabi Muhammad saw.
iii- Dinaqalkan juga dalam ad-durr al-manthur oleh al-Imam as-Suyuti rh. dari Ibn Munzir daripada Ibn Abbas dan turut disahihkan oleh al-hakim, Ibn Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan (dengan ayat ini)? (Sesungguhnya) teman Allah itu (adalah khusus) bagi Ibrahim as, berkata-kata dengan Allah itu (adalah khusus) bagi Musa as. dan melihat Allah itu (adalah khas) bagi Muhammad saw."
"Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus" -kelebihan Allah buat nabi Isa as.
"Dan Kami berikan Zabur kepada Daud." -kelebihan Allah buat nabi Daud as.
Jelaslah di sini bahawa kelebihan Allah buat mereka itu hanyalah dari sudut pemberian Allah yang spesifik kepada rasul-rasulNya yang berbeza antara satu sama lain, tanpa ada pembezaan dari sudut keimanan kepada mereka.
Kesimpulannya, dari sudut keimanan, kita wajib beriman kepada kesemua Rasul as. yang diutus oleh Allah swt tanpa memilih untuk beriman dengan sebahagian dan mengingkari sebahagian yang lain. yakni tidak membeza-bezakan mereka. Adapun kelebihan-kelebihan sebahagian rasul-rasul hanyalah di sudut pemberian Allah kepada mereka. Dan ini telah dijelaskan oleh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili:
"Mereka semua (Orang-orang beriman) berkata: kami tidak membeza-bezakan antara rasul-rasul dari sudut prinsip kerasulan dan tasyri', dan dakwah mereka semua adalah satu iaitu mengakui kewujudan dan keesaan Allah dan menyeru kepada akhlak yang mulia. Adapun pengutamaan antara rasul-rasul dalam ayat yang sebelum ini (al-Baqarah: 253) adalah dari elemen yang lain, bukan dari sudut kerasulan dan tasyri'."
(Tafseer al-Muneer, Jilid 2, Halaman 145)
Tidak ada apa-apa yang bercanggah. Wallahua'lam.
Rujukan:
i- al-Quranul Kareem
ii- Tafseer Quranil Azeem, Imam Ibn Katheer
iii- Ad-Durr Al-Manthur, Imam as-Suyuti
iv- Tafseer al-Muneer, Prof Dr. Wahbah Zuhaili
v- Al-Quran Digital Versi 2.1

5 things I love about sakan
Posted by
mujahid86
on Tuesday, August 12, 2008
/
Comments: (0)
Ini adalah entry pertama maka ibarat soalan wajib, sume org akn cite pasal sakan. Alkisah, Walaupun aku dok sakan baru setahun 3 bulan, kalau diberi pilihan, memangla xnk pindah sampai abes blaja kt cni. Biarla sewa sakan yg JD** tu naek ke, biarla sakan ni bukan lagi syurga air skalipun, aku tetap nk dok sakan ni. Best sgt ke sakan ni? Nape org berebut2 sgt nk dok sakan ni eh? (berebut ke?). Heres why:
i- Mesra & we do Care for each other
Boleh je kitorg menawarkan pekej homestay in sakan selama semalam, korg tgkla sendiri. Biarlah indah rupa dari khabarnya. So, xyahla cite pnjg2. yg penting, masing2 mcm dah dibagi skrip utk menghidupkan watak masing-masing dalam satu drama melayu tipikal tv1. masing-masing ada peranan dan sumbangan dalam membentuk keharmonian suasana dan keindahan ukhuwah di sakan. klu nk tgk free, rajin2la ziarah
ii- Air sgt byk
Macam dah jadik lagenda plak, senior2 kate sakan ni xpnah abes air. Teori ni terbukti btol...Sehingga 5 bulan yg lalu. Mula soifi baru2 nih, ditakdirkn Allah, abes air. Sakan pun abes air kah??!! Bak kate nuek, ni mesti ade unsur2 riak, maka orang2 yg kejelesan (baca: teraniaya) akan mengakibatkan doa2 yg xbaek tertimpa pada penghuni2 sakan. Mmg padan. Tp skali tu je. Lps tu xdek dah, Alhamdulillah. N lps ni xmo riak2 lg.
iii- Ruang tamu yang public tapi private
Sume yg pnah dtg sakan pn tau, kitorg ade ruang tamukt depan pintu umah masing2. mlm2 klu nk tido kdg2 xkunci pon pintu umah, janji pintu utama sakan kt luar tu dh tutup. So sakan ni actually ibarat satu rumah berbilik tujuh, dan salah satu rule sakan adalah xleh asek nk kunci pintu 24-7 kerna kalau begitu, ke manakah ukhuwah dan kemesraan yang katenye mahu dijalin itu? Maka kalau mengunci jugak, silalah duduk di sakan-sakan laen yg berdekatan ataupun tidur di kandang kuda mcm 3 abdul tu. Kelebihan ini harus dimanfaatkn sebaek mungkin, ok?
iv- Ramai pelawat
Daripada pelawat tetap sampaila pelawat kehormat. Yg tetap tu cm Noraizat, Toha adek yaser dan budak2 yang nak amek bola petang2 walaupun die tau biasenye bola tu dh dibawak ke padang. Sudahnya org yg xmaen bola lah yg terhegeh2 bukak pintu dan harus pula menerangkan bahawa bola itu sudahpun di bawa ke padang. Itu yg tetap. Lg 1, budak2 sakan ni sume bz, kalah tan sri2. nak2 lagi ex-s/u permai sorg tu. Kejap2 org dtg nuek ade? pastu arep dtg plak nih nuek ade? biro kebajikan nk mesyuarat sat2 g plak abg nuek, xdek ke surat2 nk dihantar?kate posmen2 permai yang setia berkhidmat itu. Abg yash dan taden pn xkurg populernye. Begitu juga daus a.k.a abg sh*n ch*n yang sering dikunjungi junior2nya yang dikasihi. xkurang juge tetamu2 kehormat. antaranya: dulang2 permai, barang2 ma3radh JUST, bola sepak, dan yg terbaru beg makcik2 yg balik umrah nk singgah jordan dan syria. semua tu tetamu yg mesti diraikan. Jadik sudahnya, mmg riuh memanjangla siang malam. Klu org dtg tgk sakan sunyi mmg akan pelik. Melainkan waktu tido dan waktu maen petang2. waktu lain, mmg kecoh.
v- Dekat dgn masjid
Nih mmg xdpt dinafikan lagi. Sejak akhir2 ni, semakin rajin plak budak2 ni ke masjid. Yg g subuh pn ade gak. Bagus sesgt. Aku mcm terharu. Yela, klu dh dekat dgn masjid, azan dengar kuat2 tp x g gak buat pe kn? Cumenye aku nk mntk ltg kt rakan2 sesakan, silalah kejutkn yg lain2 same ye. Anda yg rajin g solat d luar sane tu, jgn plak buat dek je g masjid sorg2, housemate lain dibiar je, walhal sume ade telinga, dengar azan. Insyaallah semoga rumahtanggakita lebih bahagia bila ahlinya rajin ke masjid.
Tu je la dlu utk entry mula2 ni. Lps ni sentuh mende lain plak, xnk la asek cite psl sakan je. Sekian dlu, wassalamualaikum.

Salam Jumaat
Posted by
kher
on Friday, August 8, 2008
/
Comments: (0)
Assalammualaikum semua....
Selamat hari Jumaat. Semoga sentiasa dalam redha-Nya.
Terima kasih kerana sudi datang ke blog yang tidak seberapa nie ek.
Hehehehe...
Paperpun diharapkan kepada pengunjung semua dapat mengambil
kebaikkan yang ada dalam blog nie. Kalau ada kekurangan harap
dapat bgtau. InsyAllah kami akan perbaiki.
Kenapa blog ini dibuat?
Saya rasa mungkin ada beberapa orang akan bertanya soalan ini?
Oleh itu, tanpa segan silu saya menjawab.
Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah untuk memberi ruang kepada
penulis2 berbakat kat sakan nie untuk meluahkan idea.
Sebab saya rasa dia orang nie semua memang berbakat.
So daripada dia orang salurkan bakat yang baik tuh ke jalan yang tidak
baik, lebih baik disalurkan kepada jalan yang baik bukan?
Hahahaha.....
Paperpun selamat pulang ke Malaysia kepada penduduk sakan yang
akan pulang ke Malaysia jua kepada mereka-mereka yang akan pulang.
Kepada yang tidak pulang, siapkan diri anda untuk menganggkat beg2
yang dijangkakan berat mencapai ratusan kg. ;P
Semoga semua akan cemerlang dalam peperiksaan akhir.
InsyAllah akan memperoleh rahmat dan kasih-Nya.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan........
Sakan oh Sakan ~
Posted by
adeen
on Tuesday, August 5, 2008
/
Comments: (0)
sgguh x disangka sume ahli sakan "diserang" bertubi2 oleh abg yash(24 thn)..walaupun begitu.. aku tau niat sbnr abg yash..ingin mewujudkan ukhuwah yg jitu di antara ahli2 sakan..tabik 10x kpd abg yash..dah lame knal die..baik orgnye..peramah dan mesra..suka menolong..abg yash mmg terkenal dgn kehebatannye bermadah bicara shgga ramai diluar sane yg cair..lembik terkondensasi menjadi wap mcm eskrem 10 qirsh kt kedai dalki..itulah abg yash..bak kate pepatah "dimana ade pipit disitu ade abg yash"..hehehe..(mane ntah aku dpt pepatah ni)..beliau juga bersifat setia..menanti bidadari..** bmw sbg mas kawin** hehe..tidak lupe juga kehebatan beliau di pdg futsal..memperagakan skil2 yg menakjubkan shgga xdpt diterima akal..beliau skrg dikunjungi oleh adiknye Taha..same2 hensem n penyayang..mereka menjadi teladan di sakan..terharu n bahagia melihat kemesraan mereka.. alam fantasikah ini?? terus tergugat aizat n jep(memetik kate abg yash)..hehe sori jat..pepun aku amt bersyukur dpt menghuni di sakan yg dilimpahi kasih syg..semoga kasih syg dan ukhuwah ini berkekalan..ameen..
sudah Maju~
Posted by
yash_er
on Sunday, August 3, 2008
/
Comments: (1)
letak pic aku jea laa..haha~
Tanpa disangka2,ada gak blog utk bbdak sakan ni.walupn dh lama aku mblogging soang..rase cam best lak klo share n kongsi reramai ni.Xtau nk intro cmne,cume mmperknalkn ahli2 yg duk kt sakan ni..
smua skali ada 7 bilik.
first skali firdaus Muhammad(daus)..thn 4 dlm bidang perubatan.orgnye happy go lucky,xprnh nmpk dia marah..sengeh sokmo.klo kecek kelate tu pekat skali laa..ramai adik2 yg ternanti2 kelibat abg Daus.hahaha~di antara org yg menceriakn sakan.
second bilik aizat..seorang yg serius klo bkerja dgn persatuan,ckup komited dgn tugas2 yg diberi,student tahun3 medic gak..antara org2 yg mantap dlm ilmu agamanye..kkdang cam kalah jea bdak syariah..tp klo kt sakan ni,dia ckup ceria n rajin memasak utk kami.seperti seorang mak yg sayangkn anak2nye(hehehe)skrang tetamu kehormat bilik dia adalah jafni aka jeff.rahsianye..xtau laa.tnye lerr sndri.
penghuni ketiga adalah nuek atau name tipu dia khairul Anwar.dia arr yg rajin ssgt bt blog sakan ni.n mmg dia tknal dgn rajinnye dlm menolong org,xkire laa sape org tu..esspecialy org2 di sana(ahaks~)beliau skng klo bckp xbrp paham sgt cz ade besi kt gigi.ala2 bdak 2 tahun..(haha)mkn pn xlalu..diet katenye.skang suka mmbace novel Aku terima Nikahnye..(aishh ptutlerr diet)ekekekeh~
Bilik ke 4 abg tadeen kite..antara yg tertua kt block sakan ni..lelaki sejati yg mnjadi rebutan ramai org di luar sana..tahun 4 skali dgn daus gak.ore kelate~kelebihan beliau adalah beraksi hebat di padang futsal,sentias menunjukan skill2 yg menarik,seorang yg bijaksana..xperlu study tapi cemerlang(hikhik..daus woyak~)tp masih mencari2 siapakah teman sejati yg sudi menemani hidup beliau..(ustzah katenyeeee)hikhik~
Bilik 5 jafni..aka jeff.taun 3,medic..wajah kelihatan sungguh jambu sperti jambu batu dibuat jus.antara org yg kuat main bola gak,dan kali ni dia dh 3 tahun jadi cam ajk sukan kt irbid wlupn tidak dilantik cz klo nk mnta padang just jea,mesti mukeee dieee jea.suke menolong aizat skang ni..rahsianye..tnyelaa diorg skali lagi(gurau2 jea)
Bilik ke 6 adalah tetamu baru kami..awe @wan mohd izham..gaya cam faizal tahir bila memakai baju S..Tp bila dgr sore,mmg xde gaye langsung.hahaha~baru jea masuk bulan lepas menganti syafie yg telah grad n selamat pulang ke Malaysia.ingt bila dh masuk tu nk wt laa skit minggu orentasi thadap beliau,sperti memasak sminggu ke,cuci kt depan selama sbulan ke..tp memandang smua dh besar2..xkan laa nk wt cmtu!!asrama leh laa buli2.mak ayah asal kelantan,tp skang bdak selangor..ckp kelantan pn xreti.hihi~
dan penghuni ke7 itu lah aku..biasa2 jea n xde ape nk diceritakan.n aku sorang jea laa bdak Yarmouk kt sni..n ape yang penting kami seakan2 bersaudara n sperti adik beradik ..semoga ukhwah kite bpanjangan n sntiasa diberkati olehNYA..end~

introduction session...
Posted by
adeen
/
Comments: (0)
ni la first time aku tulis blog..tu pun ade org tlg buatkn..hampes..maka dgn rasminye bermula dgn saat ini,dibantu oleh nuek aka big boss,aku dgn bangganye melangkah kaki ke dunia blogger nih..hahaha..utk pengetahuan korg,aku lah org plg lame dok sakan sakran nih..xkire tobek ardi ke tobek awwal ke..akulah heronye..so masa lapang aku dipenuhi dgn membuli "adik-adik baru"..hehe jgn mare nuek n adik2 sume..saje nk bg panas skit blog nih..panjang lak intro aku nih..cam bosan lak..adios tuk kali ini..
Selamat Datang ke Sakan Sakran
Posted by
kher
on Saturday, August 2, 2008
/
Comments: (0)
Assalammualaikum kepada semua.
Selamat datang ke blog Sakan Sakran.
Muahahahaha....
Blog ini adalah media rasmi Sakan Sakran.
Penulis-penulis terdiri daripada ahli sakan.
Saper rasa tak puas hati, boleh datang ke sakan.
Kita settle.
Kepada sesiapa yang akan terasa dengan tulisan kami,
hurm.... saper suruh terasa. Orang yang tidak buat salah
tidak akan rasa apa-apa.
Kepada silent stalker, ingat korang kebal sangat?
tidak......
hingga ketemu lagi. Study rerajin.
Elaun dah naik tuh belajarlah rerajin.
Jangan nak fikir pasal kawen ajer keje nyer.
ok Salamat.
Wassalam.....