Assalamualaikum smua.
SATU:
Pnah tengok tak musalsal (series) khawatirussyabab?
dapat tau pasal musalsal ni mase dapat cd daripada nasir syara' sebelum lecture medicine aritu.
dalam cd tu ade 3 season siri khawatirusyabab. mule2 ingat cam kartun abu mahjoob ke ape ke, bile bukak2 tgk... mmg bestla.
menatang ape ye khawatirussyabab ni?
die adelah rancangan dakwah dlm arabic yang sgt sempoi. satu episod lebih kurang 10minit je, disiarkan kt tv dalam bulan puase. konsep program tu mmg santai, ringan, tapi praktikal. n yang paling best, semua topik yg diorg utarakn adalah masalah kontemporari ummah yang penting tapi jarang dibincangkan. personally, mmg agak terkesan. antare tajuk2 yg diorg bawak:
-pasal tabiat rokok di kalangan muslim
-diorg dedahkan pasal betapa kotornye tandas masjid xdek sape nak cuci, walhal tandas-tandas shopping complex bersih berkilat2.
-pasal ikhtilaf umat semasa antara group2 islam dan isu kapir-mengkapir
-pasal pendidikan seks dalam islam
-pasal boleh ke tidak mencedok budaya barat?
-pasal time management seorang muslim
-mcm2la lg.
cara penyampaian pn bersahaja, xmeleret2, dan biasanya di akhir setiap episod akan disusuli dengan tindakan yang boleh dilaksanakan serta-merta. memang praktikal. contohnya kalau pasal isu rokok, host dia mintak sume penonton untuk kuatkuasakan larangan merokok dalam rumah masing-masing sebagai permulaan, then teruskan untuk ajak family, member2 supaya berenti merokok.
sape nk tengok season 1-season 3, bleh mntk kat budak2 4th year skrg. sume dpt cd tu.
atau leh tengok kt youtube,
atau leh tengok laman web die; www.thakafa.net
sile2 la tengok ye, at least bleh polish semula generator dakwah yg dah mu'attol (rosak) sket2.
kat cni ade letak satu cth die, pasal dakwah ala kurun ke-21: die sebut, Islam umpama satu product yang perlu kepada marketing yang berkesan - iklan2 tv, lagu-lagu islami dan promosi nilai2 Islam. last skali die sebut ape yg kite leh buat untuk mmenyumbang ke arah marketing Islam. Enjoy.
(dlm episod ni host die pakai egal ngan jubah, sometimes die pakai jeans ngan t shirt je)
DUA:
Tahniah diucapkan kepada abg nasir dan abg ihsan yang berjaya mengekalkan kerusi masing2 bagi fakulti perubatan. menang besar katenye.. kita doakan semoga sesiapa pun yang menang dapat melaksanakan Islam dalam kapasiti mereka sedaya mungkin.
Mase borak2 dgn sorg member td, yg kebetulan segroup dgn abg nasir, (nama dirahsiakan) ade mntk tlg die smpikn pd abg nasir: Sekalipun kumpulan anda menang, itu tidak bermakna anda kebal dan tidak perlu memperbaiki apa2. harapnya dapat sama-sama tingkatkan lagi usaha supaya tidak timbulnya kontroversi dan fitnah bagi pasukan yang anda wakili.
lagi satu, just nk bangkitkan beberapa persoalan untuk muhasabah bersama:
kita budak mlayu yang ramai2 mengundi aritu,
tau ke kotlah tu ape?
ape prinsip dan perjuangan diorg?
nasir syara' tu sape?
ihsan tu sape?
ape yg diorg dh buat?
ape kate pandangan pihak-pihak lain pasal kotlah?
ke MAIN UNDI JE? dengar senior2 suruh undi, dapat risalah yang quite appealing, masing2 pn pakat undi.
bukannye ape, harapnya sape2 pn yang kita sokong, biarlah atas neraca fakta dan kebenaran, bukan atas dasar ikut-ikut semata2.
sebab berdasarkan pemerhatian, ramai jugak yang mengundi atas dasar ikut2, especially adik-adik baru. takut jugak nnt kalau senior2 suruh undi parti cap ayam serama yang ntah ape2 yang diperjuangkan pun xtau, pun ikut undi jugak.
memilih pemimpin tu kan amanah. kita disuruh pilih pemimpin yang paling layak berdasarkan neraca al-quran dan as-sunnah, bukan boleh main letak je name sape-sape. sebab pemimpinlah yang banyak memainkan peranan mencorak masyarakat. dan pemimpinlah yang akan membawa masyarakat sama ada kepada keredhaan atau kemurkaan Allah.
memilih pemimpin adalah perkara yang serius.
jadinya hopefully tahun depan, ambillah masa untuk lebih kenal dengan pihak-pihak yang bertanding, lebih-lebih lagi profil calon-calon yang nak diundi. dengarlah pandangan daripada pelbagai pihak, timbanglah dengan neraca al-quran dan as-sunnah, kemudian buatlah pilihan dan bertawakkallah kepada Allah.
bg pihak yang bertungkus-lumus mengempen, terima kasih diucapkan. semoga mendapat ganjaran yang selayaknya. kalau dapat lepas ni, sertakan juga dalam kempen tu profil calon2 yang bakal dipilih (ie. yang akan kita lantik sebagai pemimpin), profil kumpulan yang diwakili DAN kalau boleh sertakan juga profil kumpulan-kumpulan yang lain yang bertanding, untuk masing-masing membuat penilaian terbaik.
semoga perbuatan kita mengundi tempoh hari diterima sebagai usaha ke arah pelaksanaan Islam di atas muka bumi, walaupun hanya dalam lingkungan beberapa kilometer persegi.
wassalamualaikum.
p/s: bittaufeeq bagi yang nak exam. jangan lupe study sungguh, bangun qiam pagi sebelum exam, doa sungguh2, jawab exam dgn penuh cool n tenang, then tawakkallah sepenuhnya kepada Allah swt. Insyaallah najah.
8 comments:
http://kiims.wordpress.com/
lawati laman ini yang turut memuatkan profil calon...
terima kasih.
harapnya semua dah baca profil ringkas ni sebelum mengundi tempoh hari, tp bg saya profil tu masih belum mencukupi.
kita still perlu banyak bertanya kepada rakan-rakan arab, selidik serba sedikit tentang latar belakang semua calon dan pasukan yang bertanding, bukan calon kotlah semata.
pokok pangkalnya, undi sebab fakta dan kebenaran ye. bukan sebab ikut2 or sebab ada nama Islam.
insyaallah tahun depan setiap undi student malaysia lebih berkualiti.
sblm tlupa,
terima kasih kpd pembangun laman utk promote calon tempoh hari. satu permulaan yang baik. usaha2 cmni mesti ditingkatkan + dilebarluaskan lg tahun2 depan.
klu dapat masukkan profile calon2 lain, group2 lain, itu yg terbaik. leh compare. klu perlu bantuan ke, leh contact tobekardi :)
salam encik unta
walaupun isu ni sudah lama
takpelah nak bncg skit sbgi pencerahan
tu pasal hari tu
ada sedikit introspeksi dan penerangan ttg p/raya
siapa pelajar tahun 1 yg dengar akan faham sedikit
tapi, siapa tak hadir minta maaf lah
ana masa hari tu tidak menggunakan istilah "memaksa" tapi menggunakan istilah "memikirkan" calon yang terbaik
last sekali, dalam ingin melakukan kebaikan
kita tiada masa utk menunggu dan melihat
tapi kita berkejar-kejar
orait bro
salamat
thx deqmoon sudi singgah :)
i believe that we have our own way of putting our ultimate beliefs into practice. that'll remain a good thing as long as we respect each other, think positively, berlapang dada.
kita mesti sedia menerima nasihat dan teguran, lebih2 lagi dari yang lebih berpengalaman. we should learn to appreciate differences.
anyway, i see determination n enthusiasm in you, in terms of doing deeds for the sake of islam these days. keep it up. :)
salam abg ai
tidak dinafikan
setiap org mempunyai gerak kerja yang berlainan
walaupun, mempunyai hadaf yang sama
berlapang dada adalah cara yang terbaik
selagi mana tidak melanggar syara'
i fully agreed with you
apapun, terima kasih pandangan bernas
you're welcome abg ai dlm memberi cdgn
hormat-menghormati dan mendengar ckp org tua adalah amalan mulia
salamat
Post a Comment